Tertekan Pedal Minyak, Proton Saga Rempuh Kedai Nombor Ekor

proton saga nombor ekor

Tertekan Pedal Minyak, Proton Saga Rempuh Kedai Nombor Ekor

BUTTERWORTH, 15 Okt (Bernama) — Sebuah kereta dipandu seorang lelaki warga emas terperosok dalam sebuah kedai menjual nombor ekor sehingga merempuh seorang pekerja wanita di situ, dalam dalam kejadian di Taman Molek, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku, apabila pemandu lelaki warga emas berusia 65 tahun dipercayai tertekan pedal minyak kereta Proton Saga dipandunya, sehingga merempuh masuk kedai tersebut dan melanggar ruang kaunter di situ.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth Noorhisham Md Noor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 3.06 petang dan terus ke lokasi, sebelum mendapati kereta dipandu lelaki tersebut telah terperosok dalam kedai berkenaan.

“Lelaki yang memandu sendirian itu tersepit di bahagian pemandu dan kami menjalankan kerja-kerja menyelamat bagi mengeluarkannya, sebelum warga emas tersebut yang cedera di bahagian pinggang dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

“Manakala seorang pekerja wanita di kedai itu yang berusia 70-an mengalami cedera di kaki dan tangan, selepas dirempuh kereta tersebut dan semasa kejadian dia berada di meja makan yang terletak kira-kira dua meter dari kaunter. Mangsa dalam keadaan stabil dihantar ke hospital sama untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Noorhisham berkata lelaki warga emas itu mendakwa dia mahu meletakkan keretanya di hadapan kedai tersebut, namun tertekan pedal minyak sehingga masuk ke dalam premis terbabit.

Sumber: BERNAMA

BACA: Tertekan Pedal Minyak, Remaja Rempuh Pelanggan Medan Selera

The post Tertekan Pedal Minyak, Proton Saga Rempuh Kedai Nombor Ekor appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*