The Raw. Infak 50 Tan Beras Untuk 10,000 Keluarga Asnaf

The Raw. Infak 50 Tan Beras

The Raw. Infak 50 Tan Beras Untuk 10,000 Keluarga Asnaf

KUALA LUMPUR, 8 April – Kira-kira 10,000 asnaf terutama wanita dan ibu tunggal di sini dan sekitar Selangor menerima 50 tan beras infak dari jenama penjagaan kulit yang disandarkan oleh farmaseutikal sains, The Raw. 

Wakil syarikat The Raw. International Sdn. Bhd., Nor Amira Amizan berkata, inisiatif tersebut diharap dapat meringankan bebanan golongan yang memerlukan terutamanya ibu tunggal untuk menyambut syawal yang tinggal beberapa hari saja. 

“Menyedari pelbagai cabaran termasuk kenaikan kos sara hidup memanggil The Raw. untuk bekerjasama dengan beberapa organisasi untuk membantu mereka yang memerlukan. 

“The Raw. merupakan salah sebuah syarikat berkembang pantas di bawah bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks yang sentiasa menekankan tentang kepentingan memberi sumbangan kepada masyarakat dengan bersedekah dan menjadi usahawan yang bermanfaat kepada ramai orang,” kata Nor Amira di sini, hari ini. 

Inisiatif Sentuhan Kasih The Raw. anjuran The Raw. bersama dengan Pertubuhan Kebajikan RichWorks (RichWell); Enrichment Media Lab Sdn. Bhd. dengan kerjasama Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis) menginfak dan mengagihkan baki 3,000 daripada 10,000 kampit beras kepada wakil-wakil dari NGO, surau, madrasah tahfiz, serta wakil penduduk bandar Tun Razak dan Cheras di D’Sultanaa Event Hall

Terdahulu, 3,000 kampit beras telah diagihkan di Perumahan Awam Desa Rejang dengan sokongan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Desa Rejang serta Gabungan Pengerusi-Pengerusi Penduduk PA PPR DBKL WPKL. 

Pada Jumaat lalu, inisiatif itu sudah dimulakan dengan pengagihan 4,000 kampit beras kepada asnaf berhampiran empat masjid terpilih di sekitar Selangor dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS). 

Tambah Nor Amira, inisiatif yang dijalankan ini merupakan salah satu budaya dan nilai yang diterapkan dalam syarikat kami bagi memberi kembali kepada masyarakat. 

The Raw. Infak 50 Tan Beras

The Raw. merupakan sebuah syarikat bertaraf antarabangsa dalam industri kecantikan yang diasaskan oleh Puan Adibah Mazlan, seorang yang berpengalaman sebagai ahli farmasi dan kini The Raw. telah memasuki pasaran rangkaian farmasi seluruh negara. 

Beliau menekankan kepentingan wanita mendapatkan kulit sihat tanpa menggunakan produk yang mengandungi bahan berbahaya seperti merkuri kerana produk The Raw. menggunakan bahan yang membantu wanita mendapatkan bukan saja kulit cantik tetapi apa yang lebih penting adalah sihat. 

Produk The Raw. kini boleh didapati di lebih 500 cawangan Guardian dan 60 Aeon Wellness seluruh negara. 

The Raw. Infak 50 Tan Beras

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai jenama The Raw., boleh layari laman web www.theraw.com.my. 

The post The Raw. Infak 50 Tan Beras Untuk 10,000 Keluarga Asnaf appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*