Tiada Tindakan Dikenakan Terhadap Pengguna Yang Tidak Pamerkan Cukai Jalan Digital – PDRM

cukai jalan digital pdrm

Tiada Tindakan Dikenakan Terhadap Pengguna Yang Tidak Pamerkan Cukai Jalan Digital – PDRM

KUALA LUMPUR — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan mana-mana pengguna jalan raya yang tidak mempamerkan cukai jalan dan lesen memandu digital tidak akan dikenakan tindakan, lapor Sinar Harian.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar mengesahkan perkara tersebut. Ia susulan timbul kekeliruan dan berlaku sedikit ‘kekalutan’ mengenai perkara itu.

Tambah Mohd Nasri, seperti mana diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook sebelum ini, JSPT telah menjalankan arahan kerajaan berhubung cukai jalan dan lesen memandu digital.

“Tiada tindakan diambil ke atas pengguna jalan raya yang tidak mempamerkan cukai jalan dan lesen memandu digital.

“Namun begitu, pengguna jalan raya disaran untuk menunjukkan kesahihan maklumat melalui aplikasi yang disediakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan kenderaan yang diperiksa.

“Ia bertujuan memastikan kesahihan dan keselamatan pemiliknya yang sah dan seterusnya mengesahkan ia juga bukan kenderaan hilang akibat kes kecurian,” ujarnya kepada Sinar Harian pada hari ini.

BACA JUGA: Kenapa Penjaga Gol Minum Air Lepas Gol Dibolosi? Ini Sebabnya

Katanya lagi, data maklumat kenderaan dan lesen memandu yang diuruskan pihak JPJ juga dapat diakses oleh JSPT menerusi aplikasi.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan pihak JSPT masih menerima tangkap layar atau ‘screen shot’ data kenderaan oleh pemilik.

“Screen shot oleh pemilik masih boleh diterima pakai oleh JSPT bagi membuktikan kenderaan tersebut adalah miliknya,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan lesen memandu dan pelekat cukai jalan (road tax) sudah boleh dimiliki secara digital bermula 10 Februari 2023.

Beliau dalam satu sidang media berkata lesen memandu dan lesen kenderaan motor atau roadtax boleh diakses secara digital menerusi aplikasi MyJPJ. Aplikasi tersebut juga sudah boleh dimuat turun.

Tambah Loke, pembaharuan tersebut dibuat susulan aduan orang ramai mengenai pelekat roadtax yang disifatkan leceh dan menyusahkan.

Justeru, bagi mengatasi masalah tersebut, pihaknya telah berusaha untuk mencari jalan penyelesaian menerusi strategi pendigitalan.

Sumber: Sinar Harian

The post Tiada Tindakan Dikenakan Terhadap Pengguna Yang Tidak Pamerkan Cukai Jalan Digital – PDRM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*