Tiga tapak bazar Ramadan dibuka di Putrajaya tahun ini

PUTRAJAYA – Warga Putrajaya tidak lagi perlu bersesak di tapak Bazar Ramadan Putrajaya di Presint 3, di sini apabila Perbadanan Putrajaya (PPj) memutuskan untuk membuka tiga lagi lokasi tapak bazar tahun ini.

Tiga tapak baharu bazar Ramadan itu masing-masing terletak di tapak kosong berhadapan Hotel Doubletree@Hilton (Presint 5), tapak parkir pasar awam Presint 8 dan tapak siar kaki berhadapan Depo PPj di Presint 9.

PPj menerusi hantaran di Facebook berkata, pelawaan bagi permohonan tapak bazar itu sudah dibuka dan akan ditutup pada 20 Januari ini.

Menurutnya, borang permohonan boleh diperolehi menerusi pautan https://ppj.my/3n atau imbas kod QR di poster yang dimuat naik ke halaman Facebook PPj.

“Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Januari 2023 pukul 5 petang,” katanya.

Katanya, antara syarat permohonan termasuk warganegara Malaysia, berusia 18 tahun ke atas, keutamaan kepada penduduk Putrajaya berhampiran bazar, satu permohonan satu keluarga dan tiada sebarang tunggakan sewaan atau kompaun PPj.

Tambah PPj lagi, saiz tapak yang disediakan adalah 10 kaki kali 10 kaki manakala, khemah juga akan disediakan.

Sebelum ini, PPj membuka permohonan bagi tapak bazar Ramadan di Presint 3 di mana tarikh tutup permohonannya pada 16 Januari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Tiga tapak bazar Ramadan dibuka di Putrajaya tahun ini appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*