Tinggalkan Dunia K-Pop, C.A.P Teen Top Bahagia Jadi Tukang Potong Rumput

c.a.p teen top potong rumput

Tinggalkan Dunia K-Pop, C.A.P TEEN TOP Bahagia Jadi Tukang Potong Rumput

Ketika kumpulan lamanya sedang aktif mempromosikan album terbaharunya, bekas penyanyi idola, C.A.P TEEN TOP memilih untuk menjadi seorang tukang potong rumput.

Sejak mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia glamour, C.A.P mengakui kini lebih bahagia walaupun menjalani kehidupan seperti orang biasa.

Difahamkan, C.A.P atau nama sebenarnya, Bang Minsoo memilih mencari rezeki sebagai tukang potong rumput secara sambilan dan menerima upah kira-kira $50 (RM233.48) sehari.

C.A.P TEEN TOP bahagia jadi tukang rumput

Kehidupan terkini C.A.P mula diketahui umum apabila dia muncul dalam satu episod program Youtube popular, All About Job pada 4 Julai lepas.

Program berkenaan menjadi pilihan utama peminat K-POP untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh idola-idola mereka selepas meninggalkan dunia seni.

Menurut C.A.P, sejak berpisah daripada kumpulannya, dia aktif sebagai pencipta kandungan Youtube. Manakala kerjaya sebagai tukang potong rumput sambilan itu pula hanya bermula pada awal tahun ini.

Menerusi video berkenaan, C.A.P dilihat masih mengekalkan fizikal sebagai seorang bintang K-POP. Bezanya, dia kini menyarung baju yang berbeza daripada kebanyakan baju-baju mahal dipakai artis-artis terkenal Korea Selatan.

Dia juga berkesempatan berkongsi serba sedikit apa yang dilakukannya sebagai seorang tukang potong rumput sambilan. Misalnya, dia berkongsi persedian-persediaan yang dibuat sebelum mulakan tugas. C.A.P juga berkongsi secara terperinci bagaimana dia melaksanakan semua tugasan yang ditetapkan.

Manakala pesanan untuk mendapatkan khidmat memotong rumput pula diterima menerusi satu aplikasi telefon bimbit.

Ujarnya lagi, pekerjaan sebagai tukang rumput sambilan sangat lumayan dan mendapat permintaan yang tinggi, terutamanya di kota-kota besar.

Setiap bulan, dia mampu meraih pendapatan sehingga RM 3,757 hanya melalui kerja-kerja sambilan tersebut.

“Ada baiknya jika kita memiliki satu kemahiran yang luar biasa, misalnya kemahiran memotong rumput. Ini kerana ramai yang tinggal di banda-bandar tidak tahu pun cara hendak memotong rumput. Ramai yang tidak tahu, jadi kos mendapatkan perkhidmatan ini agak mahal,” katanya.

Ketiak diajukan soalan sama ada dia masih merindui kemewahan dan populariti kehidupan lampau, C.A.P berkata itu semua sudah tidak penting lagi.

Menurut C.A.P apa yang menjadi keutamaannya ketika ini adalah kebahagiaan dan ketenangan dalam menjalani kehidupan.

“Dulu, pendapatan saya lebih daripada apa yang saya dapat hari ini sebagai pemotong rumput sambilan. Tetapi, semua itu tidak penting. Saya bahagia ketika ini,” katanya.

Terdahulu, C.A.P mengambil keputusan meninggalkan kumpulannya selepas dilanda kontroversi berkenaan penggunaan perkataan dan kelakuan tidak wajar.

BACA: Nak Padam Akaun Threads? Kena Padam Akaun Instagram Dulu Baru Boleh

Sumber: Kpop Startz

The post Tinggalkan Dunia K-Pop, C.A.P Teen Top Bahagia Jadi Tukang Potong Rumput appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*