Tomislav Steinbruckner sudah mempunyai calon yang sesuai

Peminat Terengganu FC (TFC) menggesa pihak pengurusan kelab itu dapat ‘merekrut’ penyerang baharu dengan segera bagi memperkasakan lagi pasukan berkenaan.

Presiden Kelab Penyokong Bolasepak TFC, Mohd Isa Che Ariffin berkata, langkah itu bagi memastikan pemain yang baharu dapat menyesuaikan diri dengan cepat bersama rakan sepasukannya.

Jelasnya, pihak pengurusan tidak boleh mengharapkan kelibat penyerang, Ivan Mamut yang masih belum pulih sepenuhnya daripadya kecederaan yang dialaminya biarpun Liga Malaysia (Liga M) sudah membuka tirainya Mei lalu.

“Kami peminat setia meletakkan harapan yang tinggi agar pihak pengurusan TFC dapat menyenaraikan penyerang baharu yang benar-benar berkualiti bagi memperkasakan lagi pasukan.

“Pada masa saya ianya bagi mengelak pelaburan yang merugikan buat pasukan lebih-lebih lagi peminat setia TFC sentiasa memberikan sokongan padu buat pasukan sebagaimana aksi separuh akhir pertama Piala FA tempoh hari.

“Pada masa sama kami juga difahamkan ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner sudah mempunyai calon yang sesuai untuk menggantikan tempat Mamut yang kini berada di negaranya.

sumber: BH

“Kami harap ianya menjadi kenyataan lebih-lebih lagi TFC bakal bersaing dalam saingan Piala Shoppe yang dijadualkan bermula pada 21 Ogos ini berdepan kelab dari Kemboja, Preah Khan Reach Svay Rien FC,” ujar Mohd Isa yang mengharapkan penyerang kelahiran Nigeria, Ismaheel Akinade perlu dikekalkan.

Pintu jendela kedua perpindahan pemain bakal dibuka bermula 26 Ogos sehingga 22 September ini.