Tragedi MH17, ECHR Umum Keputusan Pendengaran Kes Belanda Terhadap Rusia Malam Ini

Tragedi MH17, ECHR Umum Keputusan Pendengaran Kes Belanda Terhadap Rusia Malam Ini

Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) dijangka bakal mengumumkan keputusan pihaknya malam ini, sama ada akan mendengar pendakwaan terhadap Rusia berkenaan insiden pesawat malang milik Malaysia Airlines, MH17 yang ditembak jatuh pada 2014.

Kerajaan Belanda mendakwa bahawa Rusia telah menyalurkan maklumat tidak tepat mengenai peranan Moscow dalam kejadian tersebut dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu pencabulan hak asasi kepada semua waris mangsa nahas.

Rusia dalam pada itu menolak semua dakwaan yang dilontarkan kerajaan Belanda terhadap negaranya.

Maka, keputusan sama ada perbicaraan kes akan didengar atau sebaliknya dijangka diumumkan kira-kira 2.30 petang waktu tempatan (9.30 malam waktu Malaysia).

Terdahulu, pesawat jenis Boeing 777 itu yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur didapati terhempas selepas terkena tembakan peluru berpandu darat-ke-udara ketika konflik antara pemberontak pro-Rusia dan tentera Ukraine yang sedang memuncak berdekatan Wilayah Donbas di Ukraine pada Julai 2014.

Nahas tersebut telah mengorbankan semua 298 penumpang termasuk anak kapal selepas pesawat tersebut didakwa ditembak jatuh oleh peluru berpandu buatan Rusia yang didakwa dilepaskan oleh kumpulan pemisah Ukraine yang mendapat sokongan Rusia.

Kerajaan Belanda mendakwa Rusia terlibat secara langsung dalam insiden terbabit dan kes itu bergantung kepada sama ada Moscow mempunyai kawalan ke atas wilayah berkenaan atau sebaliknya.

Buat masa ini, pihak ECHR hanya akan memutuskan sama ada kriteria tersebut dipenuhi ataupun tidak.

Jika ECHR membuat keputusan untuk mendengar kes yang diusul Belanda, keputusan bagi perbicaraan kes berkemungkinan akan memakan masa yang panjang, bertahun sebelum diumumkan.

Namun, jika ECHR memutuskan Rusia bersalah, negara tersebut mungkin diwajibkan untuk membayar ganti rugi kepada semua waris mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut.

Pada November, mahkamah Belanda mendapati tiga lelaki bersalah atas tuduhan membunuh dalam kes berkenaan, iaitu dua warga Rusia dan seorang warga Ukraine.

Pihak mahkamah telah menyimpulkan bahawa peluru berpandu itu dilepaskan dengan sengaja dengan tujuan untuk menjatuhkan pesawat walaupun sasaran sebenar adalah pesawat tentera, bukannya pesawat awam.

Disebabkan itu, ketiga-tiga lelaki terbabit telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, namun kesemuanya dilaporkan sedang berada di Rusia.

Pada masa yang sama, Moscow mengecam keputusan tersebut dan mendakwa ia bermotifkan politik serta tidak akan menyerahkan semua pesalah untuk dihukum.

BACA: Mahkamah Belanda Putuskan Pesawat MH17 Ditembak Jatuh Akibat Peluru Berpandu Buatan Rusia

Sumber: Astro Awani

The post Tragedi MH17, ECHR Umum Keputusan Pendengaran Kes Belanda Terhadap Rusia Malam Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*