Tragis, Wanita Maut Dibelit Ular Sawa Ketika Menoreh Getah

Wanita Dibelit Ular Sawa

Tragis, Wanita Maut Dibelit Ular Sawa Ketika Menoreh Getah

Indonesia — Seorang wanita dilaporkan maut selepas dibelit ular sawa sepanjang 6 meter ketika sedang menoreh getah pada Jumaat lalu.

Memetik TribunSumsel, mangsa, 50, merupakan seorang penoreh getah dan penduduk di Kampung Sukajaya, Sumatera Selatan  dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas selepas dibelit reptilia tersebut.

Wanita Dililit Ular Sawa Gergasi Disedari Salah Seorang Penduduk

Kejadian itu hanya disedari oleh salah seorang penduduk yang dikenali sebagai Adi yang juga menoreh getah di kawasan berhampiran sewaktu insiden itu berlaku.

Difahamkan, jeritan mangsa meminta tolong telah didengari olehnya sebelum dia pergi untuk memeriksanya.

Sewaktu ditemui sekitar jam 7.30 pagi, mangsa yang mengenakan pakaian t-shirt putih lengan panjang dan seluar sukan berwarna merah berada dalam keadaan terbaring kaku dan sedang dibelit ular terbabit.

Menurut menantu mangsa, Ma’ruf Tamami, ibunya telah pergi ke kebun (lokasi kejadian) pada jam kira-kira 6 pagi waktu tempatan.

Tambah Ma’ruf, mangsa kebiasaannya sering keluar awal pagi untuk menoreh getah.

“Seorang saksi melihat kakinya dibelit, dia yang panik segera memanggil penduduk untuk membunuh ular sawa itu. Sebaik tiba di lokasi kejadian, penduduk bertindak memukul reptilia itu dengan kayu dan parang sehingga lilitan terurai.

BACA JUGA: Penduduk Gempar, Jumpa Ular Sawa Gergasi Ketika Tengah Bersihkan Kebun

Bagaimanapun, ular itu dipercayai telah melilit mangsa sehingga ke dadanya yang menyebabkan wanita itu berkemungkinan mengalami sesak nafas.

“Mungkin ular itu sudah melilit ibu hingga ke dadanya hingga mengalami sesak nafas sebelum dia meninggal dunia,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua Kampung Sukajaya, Sunarto berkata, selepas berjaya melepaskan mangsa daripada lilitan, haiwan itu segera dibunuh kerana bimbang ia akan menyerang semula.

“Ketika ular itu ditemui, ia masih berada dalam keadaan hidup dan segera dibunuh untuk menyelamatkan mangsa daripada dililit. Kemudian, reptilia itu segera ditanam oleh penduduk,” jelas Sunarto.

Maklum Sunarto lagi, mangsa sering menoreh getah seorang diri di kebun.

“Dalam pada itu, jenazah mangsa selamat dikebumikan pada tengah hari tadi waktu tempatan,” katanya.

Kejadian itu merupakan kali pertama berlaku di wilayah berkenaan berhubung orang awam diserang ular.

Sumber: TribunSumsel.com

The post Tragis, Wanita Maut Dibelit Ular Sawa Ketika Menoreh Getah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*