Tular Staf Talian “Hotline” Tak Jawab Panggilan, SUKE Gantung Tugas Staf Serta-Merta

SUKE gantung tugas Staf talian hotline

Tular Staf Talian “Hotline” Tak Jawab Panggilan, SUKE Gantung Tugas Staf Serta-Merta

Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd (SUKE) dilaporkan telah menggantung tugas seorang kakitangan talian ‘hotline’ kerana didakwa tidak menjawab panggilan kecemasan pengguna.

Memetik Sinar Harian, kenyataan yang dikeluarkan oleh SUKE turut memaklumkan bahawa staf tersebut telah digantung tugas serta-merta.

Mereka juga difahamkan sedang menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian berkenaan.

“Jika kakitangan yang terlibat didapati bersalah dan cuai dalam menjalankan tugas, tindakan yang lebih tegas bakal diambil terhadap mereka.

“Tindakan ini dibuat sebagai usaha kami untuk memastikan akauntabiliti dan bagi mengelakkan kejadian seumpama daripada berlaku pada masa hadapan.

“SUKE sentiasa mengambil serius terhadap pandangan dan maklum balas daripada pengguna dan komited untuk menambah baik tahap perkhidmatan kami,” menurut kenyataan itu.

Muat naik hantaran di Facebook menjadi tular

Terdahulu, seorang pengguna akaun  Facebook telah membuat hantaran mengenai talian SUKE yang tidak berjawab.

Panggilan itu dibuat susulan kejadian kemalangan di lebuh raya berkenaan.

Hantaran itu telah menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat berkenaan perkhidmatan yang disediakan itu.

Lantaran daripada kejadian itu, orang ramai digalakkan untuk memuat turun aplikasi mudah-alih PROLINTAS yang terdapat di Google Play dan Apple Store secara percuma.

“Hubungi hotline Pusat Panggilan Berpusat PROLINTAS 1-800-22-8888 untuk menyalurkan sebarang maklumat atau memerlukan bantuan,” menurutnya.

BACA: Ada 800 Kedai Pakaian, Ni Tempat Terbaik Korang Beli Baju Raya, Senang ‘Match’ Satu Keluarga

Terdahulu, menjelang sambutan Aidilfitri lalu, aliran trafik di lebuh raya utama seluruh negara dilapor bergerak perlahan susulan orang ramai mula ‘balik kampung’.

Bagi perjalanan ke arah timur, menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik perlahan dari Plaza Tol Gombak ke Bentong. Serta sebelum masuk Plaza Tol Karak.

Bagaimanapun di susur keluar Plaza Tol Kuala Terengganu di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 yang dilaporkan sesak petang tadi sudah kembali lancar.

Bagi perjalanan ke arah utara, trafik bergerak perlahan dan semakin baik di beberapa kawasan seperti dari Slim River ke Sungkai, Tapah ke Gopeng. Begitu juga dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar.

PLUS menerusi ciapan di akaun Twitter turut memaklumkan berlaku kemalangan di kilometer (KM) 445 dari Rawang Selatan ke Rawang. Serta KM 296.7 dari Tapah ke Gopeng namun tiada lorong terhalang serta trafik terkawal.

Sumber: Sinar Harian

The post Tular Staf Talian “Hotline” Tak Jawab Panggilan, SUKE Gantung Tugas Staf Serta-Merta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*