Tuntutan Kumpulan Sulu: RM31 Juta Bagi Pengendalian Kes Mahkamah

Tuntutan Kumpulan Sulu: RM31 Juta Bagi Pengendalian Kes Mahkamah

Tuntutan Kumpulan Sulu: RM31 Juta Bagi Pengendalian Kes Mahkamah

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) — Kira-kira RM31 juta dibelanjakan kerajaan bagi pengendalian kes mahkamah di empat negara menghadapi tuntutan yang difailkan kumpulan Sulu terhadap Malaysia bermula 20 Nov 2019 hingga 20 Januari lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan jumlah tersebut melibatkan kos perkhidmatan peguam antarabangsa, prosiding mahkamah, terjemahan, penyelidikan sejarah dan perundangan.

“Secara khususnya fi guaman dan bayaran sahaja sebanyak RM36,000 (2019), RM167,000 (2020), RM8.2 juta (2021), RM13.5 juta (2022) dan RM5.4 juta (2023) bagi pengendalian kes mahkamah di empat negara iaitu Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda,” katanya menerusi jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) berhubung kos guaman yang terlibat dalam tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia.

Selain itu, Azalina memaklumkan keputusan permohonan rayuan kerajaan Malaysia terhadap Perintah Mahkamah Perancis bertarikh 29 Sept 2022 dijangka dikeluarkan pada Jun ini dengan pendengaran permohonan rayuan itu telah berlangsung pada 6 Feb lepas di Mahkamah Rayuan Perancis.

Kumpulan Sulu sebelum ini dilaporkan membawa tindakan undang-undang ke Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah, yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Pada 28 Feb 2022, penimbang tara Dr Gonzalo Stampa dilapor telah memberikan final award kepada penuntut sebanyak US$14.92 bilion.

Bagaimanapun, Mahkamah Perancis telah menangguhkan penguatkuasaan final award yang diberikan Stampa sementara menunggu keputusan mahkamah berhubung segala tindakan perundangan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia.

BACA: JPJ Rugi RM14.38 Juta Cetak Kad Lesen Memandu – Laporan Ketua Audit Negara

Sumber: Bernama

The post Tuntutan Kumpulan Sulu: RM31 Juta Bagi Pengendalian Kes Mahkamah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*