Turkiye Hantar 20 Doktor Pakar Ke Gaza

turkiye hantar pakar gaza

Turkiye Hantar 20 Doktor Pakar Ke Gaza

TURKIYE dilapor akan menghantar seramai 20 orang doktor pakar ke Semenanjung Gaza dalam usaha menyalurkan bantuan perubatan dan kesihatan ke zon konflik itu.

Menteri Kesihatan Turkiye, Dr. Fahrettin Koca berkata, ‘skuad perubatan’ tersebut dihantar bersama bantuan serta bekalan perubatan menerusi pesawat yang diterbangkan ke Mesir pagi ini.

“Saya telah berbincang dengan Menteri Kesihatan Mesir, Khaled Abdel Ghaffar.

“Pasukan pakar kami seramai 20 orang bersama pihak Kerajaan Mesir akan mengenal pasti keperluan ubat-ubatan, bahan serta peralatan perubatan yang diperlukan oleh warga di Gaza.

“Pasukan kami juga turut akan melakukan kerja-kerja kebolehlaksanaan bagi hospital medan kami di Lapangan Terbang El-Arish dan Pintu Sempadan Rafah, selaras dengan perancangan pihak Kementerian Kesihatan Mesir,” katanya.

Dr. Fahrettin berkata demikian dalam satu kenyataan di laman X (dahulu dikenali sebagai Twitter) rasminya awal pagi tadi.

Difahamkan, pasukan pakar tersebut diterbangkan ke Lapangan Terbang El-Arish di Mesir bersama-sama bekalan perubatan yang disenaraikan dengan menaiki tiga buah pesawat kargo.

“Dalam pada itu, apabila penyelarasan yang dibuat selesai, kami merancang untuk menghantar hospital medan dan ambulans ke wilayah berkenaan dengan kapal.

“Seperti yang dirancang, pasukan kami yang diselaraskan untuk misi di sana akan menghantar ubat-ubatan dan keperluan perubatan yang berkenaan kepada pihak berkuasa untuk disampaikan kepada mangsa-mangsa di Gaza.

“Kami berusaha membawa kegembiraan kepada hati semua orang di dunia; iaitu mahu menghantar bantuan menerusi Pintu Rafah!

“Mata manusia tertumpu kepada negara yang boleh mengambil tindakan untuk Gaza. Negara kita harus tahu bahawa segala yang mungkin kini sedang dilakukan,” tambahnya lagi.

Sumber: Kenyataan Menteri Kesihatan Turkiye

The post Turkiye Hantar 20 Doktor Pakar Ke Gaza appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*