Tutup Kilang Lima Hari, Khairul Aming Bawa Staff Bercuti Di Langkawi

Khairul Aming staff langkawi

Tutup Kilang Lima Hari, Khairul Aming Bawa Staff  Bercuti Di Langkawi 

Pempengaruh media sosial, Khairul Aming merupakan nama yang sudah tidak asing lagi di Malaysia dengan terus menjadi topik perbualan masyarakat sehingga di peringkat luar negara.

Bukan sahaja hebat dalam menghasilkan kandungan-kandungan video menarik mengenai resepi masakan, pemilik syarikat Sambal Nyet itu juga sangat mengambil berat tentang kebajikan pekerjanya.

Khairul Aming Bawa Staff “Holidays” Ke Langkawi

Terbaru, Khairul memuat naik satu klip video di Twitter yang memaparkan beliau membawa seramai 60 kakitangan kilang bercuti di Pulau Langkawi, Kedah.

“Minggu ni kita tutup kilang Sambal Nyet selama 5 hari untuk bawa kesemua 60 staff bercuti di Langkawi. Kita sediakan hotel 5 bintang, jetski, explore cave, snorkelling, private yacht untuk tengok sunset & duit belanja untuk diorang shopping. Alhamdulillah semua staff happy,”  tulisnya dalam satu ciapan di Twitter.

Dalam video berkenaan, kakitangannya dibawa untuk “check in” di sebuah hotel lima bintang di Pulau Peranginan tersebut.

Difahamkan, pada hari pertama, kesemua staff diberikan kebebasan untuk melakukan aktiviti masing-masing antara bermain bola tampar pantai, menikmati keindahan laut di tepi pantai dan sebagainya.

Sediakan Dua Private Yacht Cruise

Gambar: Twitter Khairulaming

Tambah pempengaruh itu, keesokannya dia membuat kejutan kepada pekerjanya dengan menyediakan dua buah bot Private Yacht Cruise.

“Esok tu, aku buat surprise sikit, aku sediakan dua private yacht curise untuk diorang tengok sunset.

“Cruise ini tak campur dengan orang luar, untuk sesama diorang sahaja and then diorang boleh lah enjoy matahari terbenam sambil berenang dengan laut,” ujarnya dalam klip itu.

BACA JUGA: Terus Mendunia, Khairul Aming Sebak Video Masakan Dapat Pujian Gordon Ramsay

Kedua-dua bot berkenaan juga dibahagikan kepada pekerja lelaki dan pekerja wanita.

Lebih menyeronokkan lagi, pelbagai aktiviti boleh dilakukan di atas Yacht Cruise itu seperti mandi dalam tab jakuzi, berehat, mandi laut, menaiki jetski dan makanan turut disediakan bersama.

Sediakan Duit Belanja Untuk Staff

Gambar: Twitter Khairulaming

Bukan sahaja seorang yang mengambil berat, pemilik Sambal Nyet itu juga seorang yang pemurah kerana menyediakan “duit poket” bagi pekerjanya.

“Malam tu pulak, kita sediakan duit poket untuk diorang shopping. Yang ni bebas, korang boleh keluar, pergilah shopping nak beli coklat ke beli apa, spend lah duit tu sampai habis,” katanya lagi.

Dari riak wajah yang ditunjukkan, mereka sangat gembira dengan layanan yang diberikan oleh majikan.

Kegembiraan 60 pekerja Khairul Aming tak berhenti disitu, mereka juga dibawa melawati pelbagai kawasan menarik di sekeliling pulau itu.

Antaranya akuarium (Underwater World Langkawi), aktiviti mangrove, lawati kawasan paya bakau, snorkelling, melihat ikan, memberi makanan kepada burung helang, singgah di gua dan sebagainya.

Nikmati View Langkawi Dengan Cable Car

Khairulaming staff langkawi
Gambar: Twitter Khairulaming

Mana-mana pelancong yang menjejakkan kaki ke Langkawi tidak lengkap sekiranya tidak menaiki cable car di Langkawi.

Terakhir, beliau juga membawa kakitangan mereka yang telah bekerja keras ke sebuah restoran untuk menjamu selera.

“Finally, kita reserve satu restoran dekat sana untuk diorang makan ramai-ramai dalam tu, enjoy masakan kampung. Alhamdulillah, kesemua 60 orang staff sangatlah happy,” katanya lagi.

Sumber: Twitter Khairul Aming

The post Tutup Kilang Lima Hari, Khairul Aming Bawa Staff Bercuti Di Langkawi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*