UMNO perlu jadi parti tunjang orang Melayu – Ismail Sabri

PETALING JAYA – UMNO perlu bangkit daripada kekalahan dengan pemikiran lebih kritis dan kalis cabaran untuk menjadikan UMNO parti tunjang orang Melayu di negara ini.

Bekas Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO itu berkata, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 perlu bersidang dengan penuh kemuafakatan demi masa hadapan serta maruah parti dan bangsa.

“Selamat bersidang kepada seluruh perwakilan Wanita, Pergerakan Sayap Pemuda dan Puteri UMNO dari seluruh negara hari ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut memuat naik gambarnya hadir pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Sayap Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) malam tadi.

“Saya cukup berbangga dengan semangat yang ditonjolkan oleh Wanita, Pemuda dan Puteri meskipun UMNO mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke15.

“Saya yakin dengan semangat yang tidak pernah luntur dan pendekatan baru dalam mendekati rakyat, UMNO akan kembali bangkit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post UMNO perlu jadi parti tunjang orang Melayu – Ismail Sabri appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*