Viral Mekanik “Modified” Kipas Siap Tambah Ekzos & Enjin, Siap Pakej ‘Bunyi’ Berdetum

kipas deruman ekzos

Viral Mekanik “Modified” Kipas Siap Tambah Ekzos & Enjin, Siap Pakej Bunyi Berdetum

Negara-negara yang memiliki iklim tropika sudah semestinya akan sentiasa mengalami cuaca panas dan lembap sepanjang tahun.

Oleh sebab itu, kipas merupakan salah satu perkakas elektrik yang lazim didapati dalam isi rumah di dalam negara-negara tersebut.

Mungkin kebanyakan isi rumah hari ini sudah beralih kepada penggunaan alat penghawa dingin. Namun tidak boleh dinafikan masih ramai yang selesa untuk menggunakan kipas kerana faktor keterbatasan modal dan lebih jimat.

Biasanya, kipas-kipas menjadi pilihan penuntut institut pengajian tinggi, rumah-rumah sewa bujang dan mereka yang tidak tahan dengan suhu terlalu sejuk.

Ringkas, untuk negara kita yang berada di Garisan Khatulistiwa, kipas adalah antara perkakasan elektrik yang wajib ada.

Namun, begitu, siapa yang sangka ada individu yang berfikiran sangat kreatif dan melihat kipas boleh diubah suai menjadi lebih ‘canggih’.

Baru-baru ini, tular satu rakaman di TikTok Fahus (@fahus.2006) yang menunjukkan sebuah kipas yang telah diubah suai, persis sebuah enjin motosikal.

Kipas yang diubahsuai berkenaan dipercayai merupakan hasil karya dan buah tangan daripada seorang lelaki di Thailand.

Pada awal video tersebut, lelaki tersebut telah menghidupkan kipasnya yang disambungkan dengan beberapa komponen motosikal dengan cara yang agak luar biasa.

kipas enjin
Kredit: TikTok

Biasanya, kita perlu menekan suis yang terletak pada bahagian atas tapak kipas untuk menghidup atau menukar tahap kelajuan pusingan. Namun berbeza dengan kipas ini, ia menggunakan kunci yang dipasang pada leher kipas untuk dihidupkan.

Bukan itu sahaja, ketika bilah kipas mulai bergerak, bunyi deruman seakan-akan bunyi deruman enjin motosikal turut kedengaran.

@fahus.2006

อยากเจอแรงๆครับ.🤣#ฟีด #fyp #ทรงเชง #โครงไก่ต้มน้ําซุป #พัดลมแต่ง

♬ เสียงต้นฉบับ – โม มอกรุงเทพ – โม มอกรุงเทพ🤍

Reaksi orang ramai

Rata-rata, orang ramai kagum untuk melihat hasil kipas ‘custom‘ yang ditampilkan dalam video yang berdurasi 22 saat ini.

Kebanyakan orang tertanya bagaimana pengguna kipas ini hendak tidur dengan nyenyak, jika dipasang berdekatan dengannya.

“Memang tak boleh tidur malam pakai ni,” komen pengguna TikTok @kasilajak_82.

“Orang nak tidur kena senyap, dia bubuh ekzos open pulak sebelah telinga,” tulis pengguna @syahrul_9864.

Ada juga yang berpendapat bahawa video tersebut hanyalah gurauan dan digunakan untuk ‘menggula-gulakan’ warga maya.

Menurut salah satu komen yang ditinggalkan, sistem berkenaan tidak dilengkapi dengan komponen yang sepatutnya untuk berfungsi dan menghasilkan bunyi sebegitu.

“Kena gula macam tu ja, dengan piping tak ada minyak… Shaft gear tak ada… Apa pun, good job my friend,” ujar pengguna @sukatanpasengaja.

“Bertepek-tepek gula-gula getah aku kena,” komen dari pengguna @ogog780.

Bagaimanapun, mereka memuji sistem enjin dan ekzon yang dipasangkan pada bahagian belakang kipas berkenaan yang disifatkan sebagai hasil kerja yang baik.

Bagaimana pendapat anda pula?

BACA: Ramai Tertanya-tanya, Abang Ni Tunjuk Proses Macam Mana Lori Sampah Kosongkan Muatan

Sumber: fahas.2006 via TikTok

The post Viral Mekanik “Modified” Kipas Siap Tambah Ekzos & Enjin, Siap Pakej ‘Bunyi’ Berdetum appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*