Wakil Rakyat Menggelabah, Seluar Terlondeh Ketika Sedang Berucap Depan Orang Ramai

Seluar wakil rakyat terlondeh

Wakil Rakyat Menggelabah, Seluar Terlondeh Ketika Sedang Berucap Depan Orang Ramai

Seorang wakil rakyat di Mexico terpaksa menanggung malu selepas seluarnya terlondeh ketika hendak bersedia untuk berucap di depan orang ramai, lapor Mirror.

Javier Borrego, wakil rakyat untuk parti Morena berhaluan kiri di Mexico itu dikatakan sedang bercakap pada satu acara di Saltillo pada 16 Julai lalu.

Beliau diberikan kesempatan untuk berucap bagi melancarkan Projek Nasional 2024-2030 parti itu menjelang pilihan raya umum tahun depan.

Ketika sesi itu, seluarnya tiba-tiba terlondeh dan membuatkan mukanya merah menahan malu.

Javier yang berikrar untuk membela orang kurang upaya menjelaskan bahawa seluarnya terlondeh kerana mengalami keadaan kesihatan yang kurang baik.

Video kejadian memalukan itu berjaya dirakam oleh penonton yang menghadiri majlis pelancaran tersebut.

Berdasarkan rakaman video tersebut, Javier dilihat sedang memegang mikrofon dan satu nota di tangannya untuk memberikan ucapan.

Bagaimanapun, ketika dia memandang ke arah penonton dan membetulkan cermin matanya, seluarnya itu terlondeh sehingga ke buku lali.

Secara tidak langsung telah mendedahkan seluar dalamnya kepada orang ramai yang hadir ke program tersebut.

Dalam keadaan menggelabah ditambah dengan gelak ketawa daripada hadirin, ahli politik itu segera membongkok menyarung seluarnya yang terlondeh itu kembali.

Javier mengecam cemuhan yang diterimanya dan menjelaskan bahawa ia adalah kerana tali pinggangnya longgar, selepas menjalani proses pemulihan pembedahan.

Beliau sebelum ini, dipercayai telah menjalani pembedahan tulang belakang pada 7 Jun yang lalu.

Berdasarkan  petikan ucapan Javier dalam bahasa Sepanyol, dia berkata: “Saya seorang OKU yang menjalani pembedahan. Saya tidak fikir ia adil untuk orang kurang upaya dibuli. itu tidak menghormati mana-mana pesakit.”

Tambahnya, seluarnya terlondeh kerana tali pinggang longgar ekoran berat badannya turun selepas menjalani pembedahan.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Menurutnya, dia akan mengusahakan inisiatif untuk menghukum sesiapa sahaja yang membuli orang kurang upaya.

“Kita perlu mengambil inisiatif ini. Di mana sesiapa yang membuli orang kurang upaya harus dihukum,” katanya.

Walaupun sedikit gelabah pada awalnya, Javier berjaya mendapatkan ketenangannya semula dengan sedikit jenaka lalu meminta maaf kepada orang ramai.

Dia kemudiannya meneruskan ucapannya dan bertekad untuk tidak membiarkan kejadian itu mengatasi tujuan asal majlis pelancaran tersebut.

Walaupun mendapat cemuhan, keupayaan Javier untuk meredakan situasi dan menyampaikan ucapannya telah memenangi ramai penonton yang hadir.

Sumber: Mirror

The post Wakil Rakyat Menggelabah, Seluar Terlondeh Ketika Sedang Berucap Depan Orang Ramai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*