Wang Tabung Haji Tak Hilang, Dipindah Masuk Dalam Akaun Bank Pengadu Sendiri

wang tabung haji

Wang Tabung Haji Tak Hilang, Dipindah Masuk Dalam Akaun Bank Pengadu Sendiri

SHAH ALAM — Siasatan Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan bahawa wang lebih RM30,000 milik seorang wanita yang didakwa ‘lesap’ daripada akaun TH dipindah ke akaun milik orang lain adalah tidak benar, lapor Sinar Harian.

Perkara itu dimaklumkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat TH dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, wang berkenaan yang kononnya didakwa hilang sebenarnya telah dipindahkan dalam akaun bank milik pendeposit itu sendiri.

“Merujuk kepada dakwaan transaksi tidak sah yang berlaku di Sarawak yang dilaporkan media hari ini, siasatan TH mendapati transaksi pemindahan wang adalah daripada akaun TH pengadu kepada akaun bank miliknya sendiri,” maklum TH dalam satu kenyataan pada hari ini.

Terdahulu, seorang bekas pegawai kanan kerajaan mendakwa dirinya mengalami kerugian lebih RM30,000 apabila wang di dalam akaun TH miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain.

Mangsa yang merupakan seorang Timbalan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), 66, menyedari kehilangan wang pada 30 November lalu.

Difahamkan, wang berkenaan wang itu dikeluarkan dengan menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) sejak tahun 2018, setahun selepas bersara pada 2017.

Susulan sibuk, mangsa tidak sempat mengemas kini akaun TH miliknya selepas itawarkan jawatan baharu sebagai Pengerusi UNIMAS Holdings iaitu anak syarikat milik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pada November tahun lalu, mangsa menemukan semula buku akaunnya dan mengambil keputusan untuk mengemas kini akaun itu di pejabat TH Kuching.

Sumber: Sinar Harian

The post Wang Tabung Haji Tak Hilang, Dipindah Masuk Dalam Akaun Bank Pengadu Sendiri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*