Wanita Hamil Sakit, Qatar Airways Buat Pendaratan Cemas Di Karachi

Qatar Airways buat pendaratan cemas

Wanita Hamil Sakit, Qatar Airways Buat Pendaratan Cemas Di Karachi

ISLAMABAD, 30 Mei (Bernama-Xinhua) — Qatar Airways membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi, selepas seorang wanita warga Filipina yang sedang hamil mengalami kesakitan, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAA) Pakistan pada Selasa, lapor Xinhua.

Penerbangan itu dalam perjalanan dari Doha ke Manila, menurut CAA.

Baca: Patutlah Ramai Nak Pergi, Majlis Raya Ni Siap Ada Konsert Artis Terkenal & ‘Game Xploria’

Menurut CAA, wanita itu diberikan pertolongan cemas dalam penerbangan dan seorang doktor dan ambulans sudah sudah menunggu semasa pesawat mendarat dan menyambut kelahiran bayi.

Wanita itu dan bayinya dipindahkan ke hospital tempatan dan pesawat berkenaan meneruskan perjalanan pada awal pagi Selasa.

Sumber: BERNAMA-XINHUA

The post Wanita Hamil Sakit, Qatar Airways Buat Pendaratan Cemas Di Karachi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*