Wanita Maut Selepas Cuba Selamatkan Remaja Tergelincir Ketika Mendaki

Wanita Maut Tergelincir Mendaki

Wanita Maut Selepas Cuba Selamatkan Remaja Tergelincir Ketika Mendaki

Seorang wanita dilaporkan maut selepas cuba menyelamatkan remaja perempuan yang tergelincir di trek mendaki popular di Selatan California, lapor CNN.

Menurut Jurucakap Jabatan Syerif Daerah San Diego, Lt. Jeff Ford, wanita berusia 48 tahun itu mendaki bersama empat remaja pada pagi Khamis di Three Sisters Falls di Hutan Nasional Cleveland.

Hasil siasatan mendapati mangsa merupakan pelancong dan berasal dari Ladera Ranch, California.

Difahamkan, salah seorang remaja tersebut tergelincir sewaktu sedang mendaki di sepanjang tebing air terjun. Mangsa bertindak cuba memberikan bantuan kepada remaja terbabit.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka terjatuh ke dalam air terjun dan ditemui di bahagian kolam paling bawah. Wanita dan remaja berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan parah susulan kejadian.

BACA JUGA: Pengarah APM Kedah Meninggal Dunia Ketika Misi Pendakian Everest

Sementara itu, beberapa saksi turut mendakwa cuba memberikan bantuan kepada kedua-dua mangsa namun gagal.

Pegawai perubatan mengesahkan bahawa wanita berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat terkena objek tumpul dan lemas. Kematian mangsa diklarifikasikan sebagai kemalangan.

Manakala remaja tersebut dibawa menggunakan helikopter untuk mendapat rawatan segera. Maklum jabatan sherif, kecederaan yang dialami remaja itu tidak mengancam nyawa.

“Kami sering menerima panggilan atau kes melibatkan pelbagai kecederaan termasuk operasi menyelamat di kawasan itu setiap tahun. Kami juga pernah mengendalikan kes seperti ini (membawa maut) walaupun ia kejadian seperti ini jarang dilaporkan.

“Kebanyakan kes sering berlaku pada cuti musim panas ekoran faktor keletihan atau kecederaan ringan,” kata jurucakap Syerif Daerah San Diego.

Perkhidmatan Amerika Syarikat, menjelaskan kawasan mendaki itu menjadi ‘hotspot’ bagi para pendaki kerana treknya yang mencabar. Tambahan lagi, terdapat tiga air terjun yang terletak diantara gunung tinggi berbatu.

Terjatuh Ketika Berswafoto

Terdahulu, seorang lelaki berusia 21 tahun dilaporkan terjatuh dari sebuah gunung dari ketinggian 700 kaki ekoran tergelincir ketika ingin berswafoto (selfie).

Memetik Daily Mail, kejadian berlaku di Puncak Flatiron, sebuah kawasan pergunungan di Arizona di Taman Negara Lost Dutchman sewaktu mangsa sedang berkhemah bersama rakan-rakanya.

Sumber: CNN 

The post Wanita Maut Selepas Cuba Selamatkan Remaja Tergelincir Ketika Mendaki appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*