Wanita Meraung, Menangis Terduduk Dapat Tahu Kucing Belaan Mati Dibelit & Ditelan Ular

wanita meraung kucing dibelit ular

Wanita Meraung, Menangis Terduduk Dapat Tahu Kucing Belaan Mati Dibelit & Ditelan Ular

Kucing merupakan haiwan bergelaran ‘bulus’ yang paling disenangi dan disayangi dalam kalangan masyarakat. Ini kerana sifatnya yang manja membuatkan ia senang untuk didekati oleh manusia.

Disebabkan kecomelannya, ramai yang membela haiwan bulus itu dan ada juga yang menjadikan ia sebagai peneman, lebih-lebih lagi buat pencinta kucing, tiada ada yang dapat menandingi rasa sayang mereka terhadap haiwan itu.

Hati turut terasa sakit seperti dikoyak-koyak apabila mengetahui haiwan kesayangan mati, seperti yang berlaku pada seorang individu yang tular baru-baru ini, di mana dia meraung kesedihan apabila kucingnya mati.

Dalam klip yang dimuat naik oleh @eayazainuddin di TikTok, individu yang dikenali Kakcha tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya apabila mendapat tahu dua ekor kucing kesayangan mati gara-gara dibelit dan ditelan ular.

Kredit: @eayazainuddin/TikTok

Bagi Kakcha situasi itu jadi lebih memilukan apabila Haehae, nama anak kucing yang dibelit oleh haiwan reptilia itu disaksikan anak Haehae sendiri.

“Dua ekor kucing Kakcha mati. Seekor kene belit. Seekor dalam perut ular.

“Lagi sakit apabila anak Haehae tengok Haehae kena belit,” tulisnya di kapsyen.

Suasana sayu itu dipercayai dirakam di hadapan rumah berdekatan dengan sangkar, yang merupakan tempat individu itu menangis.

Ibu peluk erat anak menangis

Kredit: @eayazainuddin/TikTok

Kakcha yang memakai baju kerja itu menangis teresak-esak sambil dipujuk oleh wanita yang dipercayai ibunya.

Ibu Kakcha yang dilihat mengerti dengan perasaan anak perempuan, cuba untuk menenangkannya dengan memeluk erat tanpa berkata sepatah perkataan.

Dia hanya diam dan berada di sisi anaknya sewaktu Kakcha memerlukannya sambil melakukan perbuatan mengusap kepala anak perempuannya.

Tragedi itu membuatkan Kakcha melutut dan menangis terduduk kerana tidak menyangka haiwan kesayangannya akan mati dalam keadaan ngeri.

Dia turut berharap agar dua ekor kucingnya berada di tempat yang baik selepas mengalami satu tragedi yang membuatkan mereka kehilangan nyawa.

Berlarilah selajunya di langit.

Semoga Haehae jumpa Kakcha dekat sana nanti,” katanya.

Reaksi warga maya

Rata-rata pencinta kucing di media sosial mengatakan situasi itu merupakan kejadian yang terkait rapat dan memahami perasaan Kakcha susulan haiwan kesayangan mati dalam keadaan tragik.

Mereka turut berduka dengan berita pilu itu dan berharap setiap orang tidak melalui kejadian perit seperti itu pada masa hadapan.

Hanya mereka yang memahami dapat merasakan bahawa perbuatan Kakcha itu adalah tindakan biasa apabila ia melibatkan mengenai kematian haiwan atau manusia kesayangan.

Kredit: @eayazainuddin/TikTok

Bagi mereka yang pernah mengalami situasi yang sama, turut menceritakan bahawa mereka juga bertindak sedemikian selepas mendapat tahu kucing mati disebabkan oleh kejadian tertentu.

Ada juga yang menyatakan seekor kucing adalah peneman yang paling bagus berbanding dengan beribu kawan, kerana kucing tidak membuatkan pemilik rasa kecewa seperti manusia.

Kredit: @eayazainuddin/TikTok

Saksikan video penuh di bawah ini.

@eayazainuddin

Berlarilah selajunya di langit 🐱 Semoga Haehae jumpa Kakcha dekat sana nanti. 2 ekor kucing Kakcha mati. Sekor kene belit. Sekor dalam perut ular. Lagi sakit bila anak Haehae tengok Haehae kene belit 😭

♬ Cinta Terakhir – Aiman

Sumber: @eayazainuddin/TikTok

BACA: Comel Tapi Bahaya, Kenali Kucing Hutan Paling Digeruni Ramai

The post Wanita Meraung, Menangis Terduduk Dapat Tahu Kucing Belaan Mati Dibelit & Ditelan Ular appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*