Wanita Umur 26 Tahun Dinobat Juara Cantik Tanpa Solekan Pertama Di Dunia

wanita pertandingan tanpa solekan

Wanita Umur 26 Tahun Dinobat Juara Cantik Tanpa Solekan Pertama Di Dunia

Seorang wanita dari United Kingdom (UK) yang tidak mempunyai sebarang cela di muka telah dinobatkan sebagai Miss London 2023, sebuah pertandingan ratu cantik tanpa solekan pertama di dunia, lapor CNN Indonesia.

Difahamkan, Natasha Beresford, 26, telah menewaskan 18 peserta lain pada make-up-free beauty pageant pertama dalam sejarah, sepanjang pertandingan itu diadakan selama 95 tahun.

Natasha, berjalan di atas pentas peragaan dengan memakai senyuman manis tanpa mengenakan sebarang solekan pada acara tersebut yang juga merupakan satu keperluan dalam pertandingan Miss England nanti.

“Saya sangat teruja dipilih sebagai Miss London. Semua gadis yang bertanding sangat cantik dan benar-benar memberi inspirasi, jadi satu penghormatan untuk dipilih,” katanya.

Natasha berharap dapat menggunakan gelarannya untuk memberi inspirasi kepada gadis muda untuk berasa yakin dan cantik dengan penampilan mereka sendiri walaupun tanpa solekan.

Kemenangan tersebut sekali gus melayakkan dirinya bersaing di peringkat akhir Miss England yang akan berlangsung pada penghujung tahun ini.

Sementara itu, naib juara bagi pertandingan tersebut ialah Afrose Ameen, pelajar kejuruteraan dan tempat ketiga adalah Temi Adeyemi, pembantu perakaunan dari Enfield, Middlesex.

Dalam pertandingan yang sama sebelum ini, peserta diminta untuk menyerahkan gambar tanpa sebarang kesan penambahan, solekan atau suntingan sebagai sebahagian daripada pertandingan.

Bagaimanapun pada kali ini, peraturan sedikit ketat di mana peserta juga telah dilarang untuk memakai pengilat bibir.

Pihak yang bertanggungjawab menyatakan konsep tersebut bertujuan untuk meningkatkan kepercayaan diri dan mempromosikan tubuh yang lebih realistik kerana fokus pada penampilan semula jadi.

Ketika pertandingan tersebut, Natasha memukau para juri dengan memakai busana berenda putih dari jenama Shikoba Bride, yang menghasilkan gaun pengantin mesra alam di UK.

BACA: Pasukan Taekwando China Kena “Ban”, Lakukan ‘Tarian Zombi’ Dalam Pertandingan Antarabangsa

Natasha, jururawat berwibawa

Untuk rekod, Natasha ialah seorang jururawat pergigian di Hospital Pergigian Diraja London pada tahun 2021. 

Diberi gelaran ‘pari-pari gigi’, dia melakukan tugasan dengan seikhlas hati terhadap kanak-kanak yang hadir ke hospital berkenaan.

Natasha berasal dari Sheffield, tetapi kini menetap di London dan bekerja di klinik pergigian swasta di kawasan kejiranan mewah di ibu negara, Chiswick.

“Pada masa hadapan saya ingin menjalani latihan lebih lanjut dalam bidang radiografi pergigian dan pendidikan kesihatan pergigian,” katanya.

Beliau juga menyatakan hasratnya untuk secara sukarela menyediakan penjagaan kesihatan pergigian dan mulut untuk gelandangan, mangsa keganasan, keluarga miskin, pelarian, pesakit kanser, dan orang yang pulih daripada ketagihan.

Sumber: CNN Indonesia

The post Wanita Umur 26 Tahun Dinobat Juara Cantik Tanpa Solekan Pertama Di Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*