YADIM Sokong Dan Junjung Titah DYMM Sultan Selangor

YADIM sokong titah sultan selangor

YADIM mengambil maklum dan menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia  (DYMM), Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor selaku  Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia  melalui kenyataan akhbar bertarikh 12 September 2023.  

Baginda DYMM Sultan Selangor telah menekankan beberapa perkara  penting rentetan daripada peristiwa yang telah berlaku di negara kita  mutakhir ini. 

YADIM sebagai sebuah institusi dakwah, telah dan akan sentiasa  menganjurkan program-program bagi memupuk nilai kesatuan dan  kefahaman Islam sebagai cara hidup yang mementingkan keharmonian dan  kesejahteraan sejagat. 

Program anjuran kami sentiasa memfokuskan seruan perpaduan di  kalangan pesertanya, yang terdiri terdiri daripada pelbagai lapisan  masyarakat tanpa mengira latar belakang mereka. 

Sebagai rakyat Malaysia yang mendokong perlembagaan negara,  seharusnya kita menghayati dengan penuh insaf kenyataan oleh Baginda  DYMM Sultan Selangor yang menekankan soal perpaduan negara Malaysia  yang semakin lama semakin rapuh. 

Hal ini kerana sikap daripada segelintir pimpinan politik yang meniupkan api  perkauman sempit dan permusuhan dikalangan masyarakat bagi meraih  sokongan dan undian sepanjang tempoh kempen pilihan raya.  

Kempen pilihanraya negeri sudah selesai, maka sewajarnya semua pihak  sudah berhenti berpolitik dan memberi fokus membangunkan masyarakat  dan ekonomi, tidak perlu lagi mengheret ummah ke acara membuang masa,  tidak berfaedah dan menyusahkan masyarakat seperti cadangan berhimpun  di Kuala Lumpur pada 16 September ini, kononnya atas nama ‘Selamatkan  Malaysia’. 

Ia tidak lebih daripada sesuatu yang dianjurkan segelintir pihak tidak  bertanggung jawab sebagai retorik politik. 

Menyelamatkan Malaysia daripada apa dan siapa?  

Sedangkan DYMM Sultan Selangor memberi jaminan penuh hak  keistimewaan orang Melayu dan agama Islam akan dipelihara oleh Majlis  Raja-Raja. 

Baginda turut mengingatkan kepada para pimpinan politik untuk tidak  sewenang-wenangnya mengeluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab  yang telah menyebabkan kekeliruan apatah lagi fatwa tersebut dikeluarkan  oleh pihak yang tidak mempunyai kredibiliti dan autoriti atas perkara  tersebut. 

Situasi ini sepanjang masa cuba dibendung dan dicegah dengan penuh  kebijaksanaan oleh kerajaan berpandukan nasihat daripada Majlis Raja Raja bagi memastikan perpaduan dan keharmonian rakyat tidak diganggu  gugat oleh sebahagian individu atau kelompok yang berkepentingan yang  sengaja mencetus api permusuhan dengan menyentuh 3R (Race, Religion  & Royalty) dan sepatutnya mendapat kerjasama semua pihak terutama  pembangkang sebagai tanda menjunjung rukunegara kelima – Kesetiaan  Kepada Raja dan Negara.

YADIM mendokong penuh kenyataan Duli Yang Maha Mulia Sultan  Selangor yang menekankan semangat kesatuan dan perpaduan yang telah  wujud di Malaysia semenjak negara ini mencapai kemerdekaan.

The post YADIM Sokong Dan Junjung Titah DYMM Sultan Selangor appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*