“ZAMAN 20-AN TAK SAMA DENGAN 30-AN YANG HAMPIRI UMUR 40…” – JAWAB FASHA SANDHA BILA DIKATA LAGI CANTIK MASA DENGAN BEKAS SUAMI

Baru-baru ini, seorang peminat memberitahu dia suka melihat pelakon Fasha Sandha sewaktu bersama bekas suaminya, Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai kerana lebih cantik dan bergaya.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 39, bagaimanapun dilihat tidak melenting menerima komen peminta tersebut apabila menjawab kenyataan yang diberikan itu dengan baik.

“Zaman 20-an tak sama dengan zaman 30-an yang menghampiri umur 40 sister. Apa-apa pun terima kasih,” katanya.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, komen tersebut turut mendapat perhatian ramai yang menyifatkan Fasha seorang wanita yang jelita dan tidak perlu membandingkan penampilannya sebelum ini.

“Sekarang pun cantik sahaja. Tak perlu menilai dia dengan yang dulu pun sebab dia sendiri bersyukur dengan apa yang dia ada.” – “Fasha cantik sahaja, pernah jumpa dekat KLCC memang cantik semula jadi dan merendah diri. Sentiasa tersenyum,” antara komen-komen peminat.

Sebelum ini, Fasha meluahkan rasa sedih apabila ada segelintir netizen ‘body shaming’ apabila mengatakan dirinya hamil, sedangkan dia tidak berbadan dua. Pelakon drama ‘Serpihan Sayang’ itu menjelaskan dia hanya mengalami perubahan bentuk badan yang sedikit berisi.

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA – SILA KLIK >>

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*