Zara Tarik Balik Iklan, Kesal Disalah Erti

zara tarik balik iklan

Zara Tarik Balik Iklan, Kesal Disalah Erti

Jenama fesyen terkemuka, Zara meluahkan rasa kesal berhubung poster kempen pengiklanannya disalah erti sehingga mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Jenama fesyen itu memaklumkan perkara tersebut dalam satu muat naik di Instagram semalam.

Menurutnya, ilham untuk mencipta iklan itu telah dibuat pada Julai lalu.

“Selepas melihat komen mengenai kempen terbaru Zara Atelier iaitu “The Jacket”, kami ingin berkongsi perkara berikut dengan pelanggan kami;

“Kempen tersebut diilhamkan pada bulan Julai dan dirakamkan pada bulan September, yang mempersembahkan satu arca yang belum siap dalam studio pengukir dan dicipta dengan tujuan semata-mata untuk memaparkan pakaian buatan tangan dalam konteks artistik

“Malangnya, sesetengah pelanggan berasa tersinggung dengan gambar-gambar itu, yang kini telah dialih keluar dan mereka melihatnya dalam konteks yang jauh dari apa yang mahu disampaikan sewaktu ia dicipta.

BACA JUGA: Sambut “Birthday” Ke-191 Tahun, Kenali Jonathan, Kura-Kura Paling Tua Di Dunia 

“Zara kesal dengan salah faham ini dan kami sekali lagi ingin menegaskan rasa hormat kami yang mendalam terhadap semua orang,” maklum Zara dalam kenyataan tersebut.

Sebelum ini, poster yang dimuat naik oleh Zara di akaun media sosial mereka menimbulkan spekulasi susulan memperagakan figura bersama arca yang dibaluti kain putih.

Perkara itu tular di laman media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi negatif daripada warganet di seluruh dunia.

Sumber: Instagram Zara

The post Zara Tarik Balik Iklan, Kesal Disalah Erti appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*