10 Pekerjaan Berisiko Diganti Oleh OpenAI ChatGPT

Pekerjaan Berisiko Diganti ChatGPT

10 Pekerjaan Berisiko Diganti Oleh OpenAI ChatGPT

Sejak dilancarkan pada November tahun lepas, kecerdasan buatan (AI) ChatGPT diguna secara meluas oleh orang ramai. AI boleh diguna untuk membantu menghasilkan esei, draf jawapan peperiksaan, menjawab soalan-soalan dan macam-macam lagi.

Sebenarnya, chatbot berkenaan mungkin lebih berkuasa daripada apa yang kita sedari. Malah, Google sendiri mengakui mereka mungkin mengambil ChatGPT bekerja sekiranya chatbot berkenaan boleh menghadiri sesi temuduga. Jawatan yang boleh ditawarkan adalah seperti pengatur cara kelas permulaan.

Rasa kagum yang sama turut ditunjukkan oleh Amazon. Difahamkan, ChatGPT melakukan tugas dengan sangat baik ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh pelanggannya di bahagian Sokongan Pelanggan. ChatGPT juga didapati melakukan tugas yang bagus dalam menyediakan dokumen-dokumen latihan untuk syarikat itu.

Justeru, tak hairanlah ramai yang menjangkakan beberapa sektor pekerjaan mungkin terjejas dan digantikan oleh AI seperti ChatGPT nanti.

Berikut adalah 10 bidang pekerjaan yang berisiko diganti OpenAI ChatGPT.

Pengaturcara, pengaturcara komputer, jurutera perisian, penganalisis data dan lain-lain

Pekerjaan dalam dunia teknologi seperti di atas dan termasuk saintis data berisiko untuk digantikan oleh AI dimasa akan datang.

Ini kerana, AI seperti ChatGPT ‘memahami’ dan ‘menguasai’ nombor-nombor serta menghasilkan jawapan yang secara relatifnya adalah tepat.

Malah, teknologi canggih seperti ChatGPT boleh menghasilkan kod lebih pantas daripada manusia. Ini bermakna, lebih banyak tugasan dapat dilakukan dengan jumlah tenaga kerja yang jauh lebih rendah.

Pengiklanan, pencipta kandungan, penulisan teknikal dan kewartawanan

Seperti yang kita tahu, ChatGPT berupaya membaca, menghasilkan esei dan memahami teks dengan sangat baik. Jadi, pekerjaan-pekerjaan dalam industri kreatif seperti pengiklanan, pencipta kandungan, penulisan teknikal dan kewartawanan juga berada dalam bahaya.

Kemahiran menganalisis dan mentafsir data berasaskan bahasa adalah kemahiran yang sudah dikuasai AI dan sedang dalam proses penambahbaikkan.

Paralegal dan pembantu undang-undang

Seterusnya, mereka yang terlibat dalam industri undang-undang seperti paralegal dan pembantu undang-undang juga berisiko kehilangan pekerjaan nanti.

Sama seperti industri media, pekerjaan-pekerjaan ini juga terlibat dalam mengurus dan menganalisis data berasaskan bahasa.

Malah, data-data yang perlu diurus oleh mereka lebih berstruktur menjadikannya ia lebih mudah untuk disediakan melalui AI seperti ChatGPT.

Penganalisis pasaran

AI seperti ChatGPT sangat bijak dalam menganalisis data dan membuat ramalan tentang pasaran. Jadi, tidak dapat tidak, pekerjaan seperti penganalisis pasaran mungkin tidak akan diisi oleh manusia di masa akan datang.

Tugasan-tugasan seperti mengumpul dan menganalisis data, mengenal pasti trend dalam data dan menghasilkan plan yang berkesan adalah kemahiran yang sudah dikuasai ChatGPT ketika ini.

Pendidik

Memang tidak dinafikan, kehadiran ChatGPT menimbulkan kebimbangan kalangan pendidik seluruh dunia. Kebimbangan itu boleh difahami kerana kehadiran ChatGPT membuka ruang untuk penipuan berlaku dalam kalangan pelajar.

Namun kini, mereka juga harus bimbang dengan masa depan mereka memandangkan ChatGPT terbukti berupaya mengambil alih tugas sebagai pendidik.

Walaupun jawapan yang dihasilkan adakalanya kurang tepat, namun ChatGPT mampu menjawab persoalan-persoalan yang diajukan dengan mudah. Malah, pelajar-pelajar hari ini juga cenderung untuk ‘bertanya’ dengan ChatGPT terlebih dahulu berbanding membelek jawapan dalam buku atau berbincang dengan guru.

Penganalisis kewangan dan penasihat kewangan peribadi

Perkajaan dalam dunia kewangan seperti penganalisis dan penasihat kewangan peribadi juga bakal lenyap suatu hari nanti.

Situasinya hampir sama bagi mana-mana pekerjaan yang memerlukan kemahiran analisis data. Ini kerana, kemahiran seperti itu sudah dikuasai AI ketika ini.

Pedagang saham

Keupayaan AI seperti ChatGPT juga mungkin akan mengisi jawatan-jawatan yang wujud di bursa saham-bursa saham seluruh dunia suatu hari nanti.

Pereka grafik

Hari ini, kita sudah pun melihat pelbagai AI yang mampu menghasilkan karya-karya kreatif seperti lukisan yang sangat cantik.

Malah, sesetengah platform AI membenarkan orang ramai menghasilkan karya masing-masing secara percuma dan pantas. Apa yang diperlukan hanya sekadar memasukan beberapa input yang dimahukan dalam karya yang akan dihasilkan oleh AI nanti.

Pendek kata, tanpa bakat pun orang mampu menghasilkan karya kreatif dengan mudah hasil bantuan AI.

Akauntan

Kerjaya sebagai akauntan dilihat sebagai kerjaya yang stabil, namun ia juga berisiko untuk digantikan oleh AI suatu hari nanti.

Pekerjaan-pekerjaan yang biasanya dikuasai oleh mereka yang genius dan mempunyai intelektual yang tinggi seperti akauntan dan peguam juga mungkin perlu bersaing dengan kecerdasan buatan kelak.

Ejen khidmat pelanggan

Seperti yang dibuktikan oleh Amazon, ChatGPT memang mempunyai kemahiran untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh pelanggan-pelanggan mereka.

Syarikat penyelidikan, Gartner pada tahun lepas menjangkakan 25 peratus syarikat di seluruh dunia akan menggunakan Chatbot sebagai ejen khidmat pelanggan mereka menjelang 2027.

Bagaimanapun, secara keseluruhannya AI setakat ini masih tidak mempunyai kemahiran-kemahiran alami yang dimiliki manusia.

Jadi, dalam tempoh terdekat ini, pemerhati menjangkakan AI hanya akan menjadi pembantu kepada manusia, berbanding menjadi pengganti kepada mereka.

BACA: Pasangan Guru SMAPK Maut, Anak Cedera Kemalangan Di LPT2

Sumber: Insider

The post 10 Pekerjaan Berisiko Diganti Oleh OpenAI ChatGPT appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*