KPDN Tidak Kompromi Penyelewangan Minyak Masak Bersubsidi Termasuk Jualan Dalam Talian

kpdn kompromi minyak masak

KPDN Tidak Kompromi Penyelewangan Minyak Masak Bersubsidi Termasuk Jualan Dalam Talian

PUTRAJAYA, 17 Jan (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi amaran keras tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit penyelewengan barang kawalan dan subsidi terutamanya minyak masak, termasuk yang dijual secara dalam talian.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN Datuk Azman Adam dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya kebelakangan ini sering menerima aduan berkaitan sindiket penipuan dalam talian (scam) yang menjual minyak masak melalui laman sosial atau tapak pasar secara dalam talian dengan tawaran harga lebih murah.

“KPDN telah menumpukan usaha berterusan memantau aktiviti penjualan minyak masak dalam talian menerusi unit khas di bahagian penguat kuasa, dan turut akan akan menganalisis data berkaitan bagi tujuan penguatkuasaan,” katanya.

KPDN juga bekerjasama dengan pengendali tapak pasar secara dalam talian dalam negara bagi memastikan aktiviti penipuan serta penyelewengan minyak masak yang dilakukan secara dalam talian dapat dibanteras dengan lebih berkesan, katanya.

Menurutnya, sebanyak 198 iklan berkaitan penjualan barang kawalan berjadual minyak masak secara dalam talian telah dinyahturun  pada 4 Julai hingga 31 Dis lepas.

Beliau berkata modus operandi kegiatan tersebut adalah mangsa diperdaya dengan tawaran harga minyak masak yang lebih rendah dari pasaran termasuk menggunakan iklan umpanan memandangkan permintaan tinggi terhadap barangan tersebut.

Beliau berkata berdasarkan statistk penguatkuasaan bermula 4 Julai hingga 31 Dis lepas, sebanyak 62 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh negara  berkaitan 11 aduan yang diterima sepanjang tempoh sama berkaitan kegiatan penipuan itu.

Sebanyak tiga tindakan kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) telah disiasat berkaitan penjualan minyak masak secara dalam talian antaranya melakukan urus niaga minyak masak bersubsidi tanpa lesen yang sah dan menyimpan minyak masak tersebut di tempat yang tidak berlesen.

Sumber: BERNAMA

The post KPDN Tidak Kompromi Penyelewangan Minyak Masak Bersubsidi Termasuk Jualan Dalam Talian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*