29,000 Jururawat Singapura Bakal Terima ‘Bonus’ RM356,000

jururawat Singapura

29,000 Jururawat Singapura Bakal Terima ‘Bonus’ RM356,000

Kira-kira 29,000 jururawat di Singapura dilapor bakal menerima bayaran bonus sebanyak $100,000 (RM356,000) pada tahun ini. 

Berita gembira berkenaan diumumkan sendiri oleh Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung baru-baru ini.

Menurut The Straits Times, bonus itu diberi di bawah skim pengekalan jangka panjang baharu buat jururawat di negara itu yang bekerja dalam sistem penjagaan kesihatan awam.

Dikenali sebagai Skim Anugerah Kecemerlangan dan Kesetiaan Jururawat (Angel), pemberian akan dibuat bermula pada bulan September ini.

Di bawah skim itu, semua jururawat baharu dan yang dalam perkhidmatan berumur di bawah 46 tahun akan menerima bayaran itu setiap empat hingga enam tahun.

Setiap bayaran yang dibuat pula melibatkan nilai sebanyak sebanyak $20,000 (RM71,000) hingga $30,000 (RM107,000).

Bayaran maksimum yang boleh diterima oleh setiap jururawat di bawah skim itu sepanjang kerjaya mereka dijangka berjumlah $100,000 (RM356,000).

Jururawat asing turut menerima bonus yang sama

Selain itu, jururawat asing yang berkhidmat dalam tempoh sekurang-kurangnya empat tahun juga layak menerima bonus tersebut.

Dalam pada itu, para jururawat kanan yang berusia lebih 46 tahun dan mempunyai baki tempoh berkhidmat yang lebih pendek akan menerima bayaran sekali saja.

Mereka akan menerima bayaran sebanyak $5,000 (RM17,000) hingga $15,000 (RM53,000), jika masih kekal berkhidmat selama lima tahun.

Selepas itu, mereka juga akan mendapat bayaran khas itu setiap tiga tahun sehinggalah jumlah itu mencapai nilai maksimum sebanyak $100,000.

Menurut The Straits Times lagi, daripada 29,000 jumlah penerima yang disenaraikan itu, hampir 24,000 daripadanya merupakan mereka yang terlibat dalam institusi penjagaan kesihatan awam.

Baki 5,000 penerima pula datang daripada organisasi penjagaan masyarakat dan agensi perkhidmatan sosial yang dibiayai awam.

Menurut Ong, skim itu diberi selepas kementerian mendapati kecenderungan jururawat untuk berhenti selepas beberapa tahun berkhidmat.

Katanya dengan skim itu, kerajaan berharap dapat memberi isyarat kepada jururawat-jururawat yang ada untuk memikirkan semula keputusan mereka.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: The Straits Times

The post 29,000 Jururawat Singapura Bakal Terima ‘Bonus’ RM356,000 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*