Pengecualian Visa 30 Hari Untuk Rakyat China, India Mulai 1 Disember – PM Anwar

pengecualian visa china anwar

Pengecualian Visa 30 Hari Untuk Rakyat China, India Mulai 1 Disember – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan akan memberikan pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia mulai 1 Disember ini bersempena dengan 50 tahun hubungan diplomatik dengan China.

“Saya umumkan pada tahun hadapan (merupakan) 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia dengan negara China.

“Untuk sambut semangat hubungan strategik dengan China, mulai 1 Disember ini kita akan berikan pengecualian visa 30 hari kepada rakyat China dan India serta tambahan kepada negara-negara Arab, Turkey dan Jordan untuk ke Malaysia.

“Pengecualian tentunya tertakluk kepada tertakluk kepada tapisan keselamatan bagi semua pelancong yang datang ke Malaysia.

“Kalau ada rekod jenayah atau risiko keganasan maka tidak akan dibenarkan masuk,” katanya dalam Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya hari ini.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: BERNAMA

The post Pengecualian Visa 30 Hari Untuk Rakyat China, India Mulai 1 Disember – PM Anwar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*