30 Kali Lebih Besar Daripada Matahari, NASA Sempat Rakam Imej Bintang Sebelum Meletup

Imej Bintang Sebelum Meletup

30 Kali Lebih Besar Daripada Matahari, NASA Sempat Rakam Imej Bintang Sebelum Meletup

Teleskop angkasa milik Pentadbiran Aeronautik & Angkasa Kebangsaan (NASA) dilapor sempat merakam imej bintang beberapa saat sebelum ia meletup dan lenyap, lapor Daily Star.

Difahamkan, teleskop James Webb memerhatikan fenomena itu pada Jun 2022 sebagai salah satu misi pertamanya selepas pelancarannya pada 2021.

Bintang itu, WR 124 bahagian Wolf-Rayet dari buruj Sagitta kira-kira 15,000 tahun cahaya dilihat meletup.

Bagaimanapun, Webb dapat merakam rona ungu bintang itu dengan jelas ekoran menggunakan lensa yang berteknologi tinggi serta mempunyai kamera inframerah.

WR 124, 30 kali lebih besar daripada matahari

Untuk pengetahuan, pada peringkat itu, bintang akan membuang lapisan luarnya yang merupakan fasa terakhir sebelum ia meletup dan menjadi supernova.

Imej Bintang Sebelum Meletup
Kredit: Daily Star

Difahamkan, WR 124 adalah kira-kira 30 kali lebih besar daripada matahari tetapi bintang yang lebih besar akan mempunyai jangka hayat yang lebih pendek.

Disebabkan itu, NASA menyifatkan bintang Wolf-Rayet sebagai ‘permulaan yang jarang berlaku kepada tindakan terakhir bintang yang terkenal: Supernova’.

BACA JUGA: Asteroid Terhempas Di Bulan, Tinggalkan Kawah Sebesar 40 Kaki

“Dalam salah satu pemerhatian pertama, Teleskop Angkasa NASA, James Webb  menangkap bintang Wolf-Rayet WR 124 dalam perincian yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Gas dan debu (selepas meletup) dilihat mengelilingi bintang dan bercahaya seperti cahaya inframerah yang dikesan oleh Webb sekali gus memaparkan struktur dan sejarah pancutan episodik.

“Walaupun menjadi adegan ‘lenyap’, ahli astronomi juga melihat bintang Wolf-Rayet untuk mendapatkan pandangan tentang permulaan baharu,” maklum NASA.

Mampu bentuk 10 matahari

Tambahnya lagi, debu kosmik yang terbentuk dalam nebula mengelilingi jenis bintang ini terdiri daripada struktur unsur berat alam semesta termasuklah kehidupan di Bumi.

Imej Bintang Sebelum Meletup
Kredit: Daily Star

Difahamkan, WR124 setakat ini telah menumpahkan ‘bahan’ yang cukup untuk membentuk sebanyak 1o matahari.

Malah, dengan gas yang dikeluarkan ia akan menjadi sejuk apabila bergerak menjauhi bintang untuk membentuk habuk kosmik.

Dalam kesempatan yang sama, ahli astronomi berharap bahawa pemerhatian bintang-bintang yang mati, mereka akan dapat memahami dengan lebih baik tentang sejarah alam semesta.

Hal ini termasuklah jirim dan unsur-unsur serupa yang ditempa dalam teras bintang yang kini juga dijumpai dalam era semasa termasuk di Bumi.

Sumber: Daily Star 

The post 30 Kali Lebih Besar Daripada Matahari, NASA Sempat Rakam Imej Bintang Sebelum Meletup appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*