Kerajaan Negeri Perlis Wajibkan Peniaga Kedai Makanan & Minuman Pakai Pelitup Muka

Kerajaan Negeri Perlis Wajibkan Peniaga Kedai Makanan & Minuman Pakai Pelitup Muka

KANGAR — Kerajaan Negeri Perlis dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pengusaha makanan dan minuman diwajibkan untuk memakai pelitup muka atau face mask sewaktu pengoperasian perniagaan manakala orang awam pula digalakkan ketika berada di tempat awam atau di kawasan yang sesak.

Pengumuman itu dibuat sebagai langkah pencegahan oleh Kerajaan Negeri berikutan penularan wabak COVID-19 yang baharu.

“Kerajaan Negeri mengikuti dan memantau perkembangan terbaru berkenaan penularan wabak Covid-19. Hal ini berlaku berikutan terdapat pelancong asing dari negara China yang membawa varian baharu dan dikesan sudah berada di Malaysia.

“Terbaru juga satu kes kematian disebabkan Covid-19 telah dilaporkan berlaku. Ini menunjukkan sebanyak 38, 540 kematian telah dicatatkan seluruh Malaysia sejak pandemik ini melanda,” jelas kenyataan itu.

Dalam pada itu, kerajaan negeri menerusi kenyataan tersebut turut menggalakkam orang awam untuk sentiasa mencuci tangan dengan bersih atau mengamalkan kembali penggunaan hand sanitizer sewaktu atau selepas berurusan di tempat awam.

“Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap situasi rakyat yang berhadapan dengan kesusahan dan cabaran ketika penularan wabak ini dahulu.

“Oleh hal yang demikian, Kerajaan Negeri amat berharap kita semua perlu peka serta dalam keadaan berjaga dan berhati-hati suapaya wabak ini tidak menular terutamanya di Negeri Perlis ini,” kata kerajaan negeri itu.

Sehubungan itu, pihaknya telah mengambil beberapa langkah pencegahan untuk kita bersama-sama mengambil panduan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 yang baharu ini.

Sumber: Jabatan Penerangan Negeri Perlis

The post Kerajaan Negeri Perlis Wajibkan Peniaga Kedai Makanan & Minuman Pakai Pelitup Muka appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*