331 polis ditembak di AS sepanjang 2022

WASHINGTON – Seramai 331 anggota polis ditembak di seluruh Amerika Syarikat (AS) pada 2022, meningkat enam peratus berbanding 2020, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Berdasarkan data terbaharu dikeluarkan Perintah Fratenal Kebangsaan Polis, daripada jumlah yang ditembak ketika bertugas tersebut, 62 daripadanya terbunuh, melonjak sebanyak 32 peratus berbanding 2020.

“Tahun lepas menjadi satu daripada tahun yang paling berbahaya untuk anggota penguatkuasa undang-undang dalam sejarah baru-baru ini.

“Ia berlaku disebabkan oleh peningkatan insiden keganasan yang disasarkan terhadap anggota polis serta krisis jenayah seluruh negara yang menyaksikan penjenayah menjadi semakin berani ekoran dasar pendakwa raya dan ahli politik yang gagal,” kata Presiden Perintah Fratenal Kebangsaan Polis, Patrick Yoes.

Angka direkodkan bagi 2022 itu bagaimanapun sedikit menurun berbanding 2021 di mana 346 anggota ditembak selain 63 terkorban.

Sementara itu, di Bandar Raya New York sahaja, 10 anggota polis ditembak pada 2022, juga bertambah daripada lapan orang pada tahun sebelumnya, demikian menurut perangkaan Jabatan Polis New York (NYPD).

Dua anggota, Jason Rivera dan Wilbert Mora dibunuh pada Januari 2022 ketika melakukan serbuan selepas menerima panggilan berhubung keganasan domestik di Harlem.

Serangan tersebut berlaku sehari selepas seorang detektif cedera ketika serbuan dadah dilakukan di Staten Island.

Sebagai ‘penutup’ tahun 2022, seorang anggota kanan NYPD, Orlando Adorno ditembak pada bahagian kaki di Brooklyn ketika menggari seorang suspek. 

“Risiko yang dihadapi oleh anggota NYPD ketika menjalankan tugas kami semakin bertambah dalam beberapa tahun ini.

“Ia menjadi satu daripada penyebab penghijrahan besar-besaran anggota NYPD kerana ramai daripada mereka enggan bekerja dalam persekitaran di mana serangan ke atas pegawai polis331 polis ditembak di AS sepanjang 2022 menjadi suatu norma,” kata Presiden Persatuan Kebajikan Polis Kota New York, Patrick Lynch. – Agensi 

The post 331 polis ditembak di AS sepanjang 2022 appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*