67 Juta Kanak-Kanak Terlepas Vaksin Rutin Dari Tahun 2019 Hingga 2021

67 juta terlepas vaksin

67 Juta Kanak-Kanak Terlepas Vaksin Rutin Dari Tahun 2019 Hingga 2021

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan bahawa kira-kira seramai 67 juta kanak-kanak di seluruh dunia yang terlepas untuk mendapat suntikan vaksin rutin antara tahun 2019 sehingga 2021, lapor AFP.

Menurut PBB, ia berlaku disebabkan oleh perintah berkurung dan gangguan penjagaan kesihatan yang berpunca daripada pandemik COVID-19.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dalam laporan berkata adalah sangat mencabar untuk kembali memantapkan semula imunisasi rutin itu.

“Daripada 67 juta kanak-kanak, 48 juta darinya terlepas vaksin rutin sepenuhnya,” kata UNICEF.

BACA: Macam Mana Nak Tentukan Waktu Berbuka Ketika Dalam Kapal Terbang? Ini Jawapan Mufti Wilayah

Justeru, timbul kebimbangan mengenai potensi wabak polio dan demam campak.

Sementara itu, liputan vaksin dalam kalangan kanak-kanak merosot di 112 negara dan peratusan kanak-kanak yang divaksinasi di seluruh dunia mernurun sebanyak 5 mata peratusan kepada 81%. Ia merupakan yang paling rendah sejak tahun 2008

Peranan Vaksin

Vaksin telah menyelamatkan 4,4 juta nyawa setiap tahun, ia merupakan angka yang diramal PBB boleh melonjak kepada 5.8 juta menjelang 2030 jika sasaran tercapai.

“Vaksin mempunyai peranan penting untuk memastikan kanak-kanak hidup dengan sihat.

“Sebarang penurunan kadar vaksinasi adalah membimbangkan” kata ketua editor laporan itu, Brian Keeley.

Sebelum pengenalan vaksin pada 1963, demam campak membunuh kira-kira 2.6 juta orang setiap tahun, kebanyakan darinya ialah kanak-kanak. Menjelang 2021, jumlah itu menurun kepada 128,000 orang.

Bagaimanapun, antara 2019 dan 2021 peratusan kanak-kanak yang diberi vaksin demam campak menurun daripada 86% kepada 81% dan jumlah kes pada 2022 meningkat dua kali ganda berbanding 2021

Penurunan permintaan vaksin

Kemerosatan kadar vaksinasi ini diburukkan lagi dengan perubahan iklim yang menyebabkan kehilangan sumber makanan.

“Sistem kesihatan dan negara semakin sukar untuk memenuhi keperluan vaksinasi kerana peningkatan konflik, genangan ekonomi di banyak negara dan kecemasan iklim,” katanya.

UNICEF menyarankan kerajaan menggandakan komitmen mereka bagi meningkatkan pembiayaan untuk imunisasi dengan perhatian khusus. Ia adalah untuk mempercepatkan usaha vaksinasi “catch-up” bagi mereka yang terlepas suntikan vaksin.

BACA JUGA: ​​“Sebijik Macam Keluarga Aku,” Iklan Raya Ni Buat Ramai ‘Relate’, Punya Payah Nak Bergambar Dari Pagi Ke Malam

Sumber: AFP

The post 67 Juta Kanak-Kanak Terlepas Vaksin Rutin Dari Tahun 2019 Hingga 2021 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*