Tiga Lelaki Ceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai Sesat 9 Jam

tiga lelaki gunung pulai

Tiga Lelaki Ceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai Sesat 9 Jam

JOHOR BAHRU, 19 Dis (Bernama) — Tiga pendaki, dipercayai menceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai di Kulai, sesat selama sembilan jam di hutan itu sebelum ditemukan selamat tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) Datuk Salim Aman dalam kenyataan berkata ketiga-tiga lelaki berusia 20 hingga 30an itu ditemukan selepas Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) diaktifkan pada 4 petang melibatkan JPNJ, Balai Polis Kangkar Pulai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kangkar Pulai serta Malim Gunung Perhutanan (MGP).

Beliau berkata mereka dipercayai menceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai melalui Taman Awam Bandar Baru Kangkar Pulai pada 9 pagi dan meneruskan pendakian ke Sungai Emas (Hutan Simpan Gunung Pulai) untuk menuju ke Tasik Biru Kangkar Pulai, namun gagal menemukan jalan keluar.

“Aduan diterima oleh Balai Polis Kangkar Pulai pada 4 petang, selepas mangsa membuat laporan sendiri menerusi panggilan telefon dan memaklumkan bahawa mereka tersesat serta tidak menjumpai jalan pulang.

“Difahamkan juga, mangsa kali pertama memasuki kawasan tersebut dan hanya mendapat maklumat daripada pendaki lain,” katanya.

BACA: Engine Mounting Dah Kena Tukar, Nak Beli Ori Atau OEM? Ini Kata Pomen

Salim berkata pendaki tersebut didapati tidak mempunyai permit untuk memasuki hutan simpan serta tanpa kawalan jurupandu atau MGP.

Tindakan akan diambil mengikut Seksyen 47 Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1995 Negeri Johor, katanya.

Beliau berkata JPNJ telah mengumumkan penutupan trek pendakian Gunung Pulau bermula 20 Nov lepas, sekali gus menasihatkan orang ramai agar mematuhi larangan penutupan itu atas faktor keselamatan diri dan ketenteraman awam.

Sumber: BERNAMA

The post Tiga Lelaki Ceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai Sesat 9 Jam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*