KUALA LUMPUR: Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih motivasi tambahan menjelang aksi final Piala FA menentang Selangor di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.
Ia susulan kemas kini laman Opta Analyst menyaksikan Harimau Selatan mengatasi kedudukan kelab England, Watford dalam ranking kelab dunia.
Laman analisis bola sepak yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia itu menunjukkan JDT kini mengumpul 77.8 mata.
JDT menerusi laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers turut berkongsi satu artikel mengenai perkembangan itu.
Perkembangan terbabit sekaligus menyaksikan juara bertahan Liga Super 10 kali berturut-turut itu naik ke tangga ke-10 di Asia berbanding kedudukan ke-14, sebelum ini.
sumber: BH
Malah, kedudukan JDT dalam ranking kelab dunia terus meningkat apabila berada di tangga ke-287 dunia berdasarkan ranking semasa.
Kedudukan itu juga menyaksikan JDT berada di depan beberapa kelab terkenal seperti Watford (288), Swansea City (291) dan Granada (300).