Abdul Hadi Kekal Ahli Parlimen, Mahkamah Tolak Petisyen

abdul hadi petisyen

Abdul Hadi Kekal Ahli Parlimen, Mahkamah Tolak Petisyen

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu telah menolak dan membatal petisyen yang mencabar kemenangan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan keputusan itu selepas pempetisyen calon Barisan Nasional (BN) Jasmira Othman gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Keputusan itu membuatkan Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal sebagai ahli Parlimen Marang.

Dalam pada itu, mahkamah turut memerintahkan Jasmin untuk membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Abdul Hadi.

Peguam yang mewakili Abdul Hadi, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan keputusan itu sebagai wajar dan menyeluruh selain berasa berpuas hati.

Katanya, pempetisyen telah memanggil seramai 10 orang saksi manakala pihak responden memanggil kira-kira tiga saksi.

“Konklusi yang dibuat Yang Arif Hakim (adalah) pempetisyen telah gagal membuktikan kes mereka pada tahap keraguan yang munasabah.

“Oleh sebab itu tidak ada, (jadi) beban itu tidak beralih kepada pihak responden untuk membuktikannya satu kes prima facie.

“Kalau dalam kes jenayah itu, dia panggil tidak dipanggil bela diri tapi oleh kerana petisyen ini separa jenayah, maka responden memberikan keterangan juga.

“Jadi keterangan responden itu telah meyakinkan dan diterima mahkamah, maka petisyen itu tidak diterima,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas keputusan petisyen berkenaan di Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu pada Selasa.

BACA: Takiyuddin Sahkan Kenyataan Media Abdul Hadi Dilantik Perdana Menteri Palsu

Petisyen difailkan 3 Januari 2023

Sebelum ini pada Januari lalu, Badan Perhubungan UMNO Terengganu telah memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.

Difahamkan, petisyen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan Pas menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 November 2022.

Kejadian itu berlaku beberapa hari sebelum PRU15 melalui program i-Siswa, i-Pencen dan i-Belia.

Sumber: Awani

BACA: Dakwaan Mahu Jatuhkan Kerajaan, USJT Bukit Aman Akan Siasat Abdul Hadi – Polis

The post Abdul Hadi Kekal Ahli Parlimen, Mahkamah Tolak Petisyen appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*