Rekod Pelaku Kesalahan Seksual Antara Yang Dikumpul Dalam Siasatan Kes Zayn Rayyan

rekod jenayah zayn rayyan

Rekod Pelaku Kesalahan Seksual Antara Yang Dikumpul Dalam Siasatan Kes Zayn Rayyan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilapor tidak menolak kemungkinan bahawa suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan adik Zayn Rayyan merupakan individu yang mempunyai rekod jenayah termasuk melibatkan kesalahan seksual.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata bahawa pihaknya masih lagi giat menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung kes tersebut, lapor Sinar Harian.

Ia termasuk dalam melakukan semakan rekod penjenayah yang sedia ada dalam rekod polis.

“Ia meliputi Mask Genius Screening melibatkan data cap jari orang yang mempunyai rekod jenayah termasuk kumpulan yang terlibat dalam kesalahan seksual.

“Selain itu, mereka yang dalam perhatian pihak polis melibatkan penduduk tempatan atau di luar kawasan. Semua kita akan beri perhatian,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

BACA: “Dia Tak Pernah Kacau Orang,” Pengasuh Sifatkan Zayn Rayyan Anak Yang Baik

Tambah Hussein, polis berdepan kesukaran untuk melakukan sebarang tangkapan berikutan keterangan yang diperolehi setakat ini adalah terhad.

“Pembunuhan mangsa ini merupakan kes yang ‘straight forward’, siasatan telah dimulakan pihak polis sejak semalam dan ia masih diteruskan.

“Kesemua barang kes yang diperolehi sewaktu bedah siasat termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan cap jari dipercayai milik suspek ke Jabatan Kimia Malaysia untuk memperolehi maklumat forensik berkaitan,” katanya.

Dalam pada itu, Hussein berkata lagi bahawa hasil analisa berkenaan mungkin akan diperoleh dalam masa terdekat ini.

“Ujian asid DNA dan cap jari amat penting untuk membantu bagi mendapatkan maklumat yang menjurus ke arah mereka yang terbabit dalam kejadian ini,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

The post Rekod Pelaku Kesalahan Seksual Antara Yang Dikumpul Dalam Siasatan Kes Zayn Rayyan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*