Abdul Hadi Selesai Beri Keterangan, Jawab Lima Daripada 24 Soalan

abdul hadi keterangan

Abdul Hadi Selesai Beri Keterangan, Jawab Lima Daripada 24 Soalan

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan telah selesai memberi keterangan berhubung kenyataannya yang didakwa mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di Bakri, Muar di Johor minggu lalu.

Lapor Awani, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata Abdul hadi hanya menjawab lima daripada 24 soalan yang diberikan pada Isnin.

Tambahnya, soalan yang selebihnya akan dijawab di mahkamah.

“Kita dah ambil keterangan beliau di Pejabat Pas Jalan Raja Laut pada jam 11.30 pagi tadi (Isnin). Ada 24 soalan kita kemukakan, Tan Sri Abdul Hadi menjawab lima daripada soalan tersebut, baki 19 lagi soalan akan dijawab di mahkamah.

“Dia disiasat bawah Akta Hasutan dan Seksyen 233 (Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998).

“Tugas polis menyiapkan siasatan dan kertas siasatan kita akan panjangkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dengan cadangan untuk dituduh di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 233 sama ada dituduh atau tidak itu bergantung kepada penilaian AGC,” katanya.

BACA: Terengganu Tiada Pembangkang, Abdul Hadi Jelas Rakyat Boleh Kritik Kerajaan

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan pegawai penyiasat unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selesai mengambil keterangan Abdul Hadi di Pejabat Pas Pusat.

Difahamkan, peguam yang mewakili Abdul Hadi turut menghadiri sesi keterangan itu dan rakaman tersebut berlangsung selama satu jam.

Terdahulu, satu siasatan telah dibuka ke atas Abdul Hadi dan beliau disiasat dibawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kata Datuk Seri Mohd Suhaily Mohd Zain, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Siasatan tersebut dijalankan susulan kenyataan Abdul Hadi yang didakwa mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar di Johor minggu lalu.

Sumber: Awani

The post Abdul Hadi Selesai Beri Keterangan, Jawab Lima Daripada 24 Soalan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*