Perarakan Tersebut Adalah Tidak Wajar – Menteri Agama

Perarakan pemuda pas

Perarakan pemuda yang didakwa menggunakan simbol keagamaan Islam seperti yang tular baru-baru ini disifatkan sebagai sesuatu yang tidak wajar.

Demikian kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Seri Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar mengenai satu perarakan di Terengganu baru-baru ini.

“Saya telah dimaklumkan tentang penganjuran sebuah program perhimpunan pemuda yang turut melibatkan perarakan menggunakan simbol keagamaan Islam.

“Perarakan tersebut telah menimnulkan pelbagai persepsi dan juga kegelisahan masyarakat.

“Pada hemat saya, tindakan berarak dengan kaedah tersebut adalah tidak wajar dan juga boleh memberikan gambaran yang tidak baik kepada agama Islam dan negara.

“Adalah lebih baik penganjur menonjolkan nilai-nilai Islam yang bersifat damai, mengajak kepada perpaduan dan kesejahteraan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Mohd Na’im turut menyeru semua pihak bertanggunggjawab untuk keamanan dan keharmonian dalam masyarakat.

Tambah beliau, apa-apa tindakan yang boleh mengundang kegelisahan awam perlulah dielakkan sama sekali.

Serah isu perarakan pemuda kepada pihak berkuasa

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berpandangan perkara ini perlulah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan serta apa-apa tindakan keselamatan negara,” tambahnya.

Sebelum itu, tular di media sosial beberapa keping foto dan video memaparkan perarakan sekumpulan individu dalam satu himpunan pemuda anjuran sebuah parti politik.

Difahamkan perarakan himpunan pemuda berkenaan dianjurkan parti politik tersebut di sebuah lokasi di Setiu, Terengganu pada Jumaat lepas.

 

Polis Terengganu siasat perarakan pemuda 

Dalam kenyataan sebelum ini, pihak polis Terengganu dilapor akan menyiasat program perarakan sekumpulan pemuda sebuah parti politik yang didakwa membawa senjata di Setiu, Jumaat lepas.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata video perarakan tersebut telah tular di media sosial, yang memaparkan kumpulan pemuda itu membawa replika senjata sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan kegusaran dalam masyarakat.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam program perarakan tersebut dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 17 Feb lepas di sebuah kawasan resort di Setiu. Perarakan itu merupakan salah satu dari acara yang dipertandingkan pada program itu iaitu reka cipta bertemakan pakaian, senjata dan warisan Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata program itu disertai setiap daerah di negeri ini dengan hanya satu kumpulan mengenakan pakaian sambil membawa replika senjata.

Baca juga: Polis Terengganu Siasat Perarakan Pemuda Parti Politik Bawa Senjata

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

The post Perarakan Tersebut Adalah Tidak Wajar – Menteri Agama appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*