Abdul Latif Romly Muncul Juara Di Kejohanan Olahraga Para Dunia Paris

Abdul Latif Romly Muncul Juara Di Kejohanan Olahraga Para Dunia Paris

Atlet paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly dilaporkan berjaya memenangi pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia Paris 2023 hari ini.

Menerusi ciapan Astro Arena, jaguh lompat jauh Para negara itu cemerlang dengan mencatatkan lompatan sejauh 7.40 meter. Ia sekaligus menjadi rekod baharu kejohanan.

Dalam pada itu, tempat kedua dimenangi oleh Noah Vucsics dari Kanada yang mencatat lompatan sejauh 7.35 meter.

Manakala, atlet dari Greece, Athanasios Prodomou berada di tempat ketiga dengan catatan lompatan 7.12 meter.

Sebelum ini, Latif telah meletakkan kejohanan ini sebagai sasaran terbesarnya pada tahun 2023.

Memetik laporan Stadium Astro, atlet itu berkata dia ingin merampas semula gelaran yang terlepas pada 2019.

Maklumat lanjut akan menyusul.

Sumber: Astro Arena

The post Abdul Latif Romly Muncul Juara Di Kejohanan Olahraga Para Dunia Paris appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*