Ada Kaitan Dengan Privasi & Keselamatan Pengguna, Ini 7 Perkara Terbaru Jadi Pada Aplikasi TikTok

privasi tiktokk

Ada Kaitan Dengan Privasi & Keselamatan Pengguna, Ini 7 Perkara Terbaru Jadi Pada Aplikasi TikTok

Boleh dikatakan, majoriti telefon pintar rakyat Malaysia mempunyai aplikasi media sosial pilihan generasi masa kini iaitu TikTok. 

Untuk pengetahuan korang, TikTok ni bukanlah medium hiburan semata-mata tetapi ia memberi banyak manfaat kepada orang melalui kandungan-kandungan tips, resipi, cara ‘DIY’ serta ilmu-ilmu bermanfaat yang dikongsikan.

Pun begitu, betul ke korang dah betul-betul kenal TikTok? Dan tahukah korang yang baru-baru ini TikTok Malaysia ada menandatangani sesuatu yang membawa kaitan kepada tujuh (7) elemen termasuk privasi dan keselamatan pengguna?

Ikrar Keselamatan Digital

Untuk pengetahuan korang, ketujuh-tujuh elemen yang dimaksudkan itu adalah Ikrar Keselamatan Digital yang dibina berdasarkan tujuh prinsip.

Elemen pertama ialah Perlindungan Pengguna Terhadap Kandungan Memudaratkan. Platform media sosial TikTok (Malaysia) bersetuju untuk menyediakan ciri-ciri penapisan kandungan, laporan kandungan bagi membantu dalam menghentikan penyebaran kandungan yang didapati melanggar undang-undang atau garis panduan komuniti.

Elemen kedua pula ialah Kandungan Mengikut Kesesuaian Umur. Platform TikTok akan berusaha untuk mengadakan ekosistem digital yang bersesuaian dengan umur pengguna menerusi mekanisme pengesahan umur.

Selain itu, elemen ketiga pula ialah Ketelusan dan Akauntabiliti. TikTok (Malaysia) bersetuju untuk memberikan akses kepada polisi dan berkongsi laporan secara telus buat makluman para pengguna.

Gambar sekadar hiasan | Kredit: AFP

Dalam pada itu, elemen keempat ialah Perlindungan Privasi. TikTok Malaysia optimis akan mematuhi undang-undang berkaitan dengan perlindungan data pengguna dan mengambil langkah wajar bagi melindungi data pengguna.

Elemen kelima yang dipersetujui lagi ialah Memerangi Maklumat Salah dan Penyelewengan. Platform TikTok (Malaysia) akan bekerjasama dengan badan-badan tertentu bagi memastikan bahawa maklumat yang disebarkan melalui platform adalah dijamin sahih, tepat lagi benar.

Sementara itu, elemen keenam pula ialah Kerjasama Industri. TikTok (Malaysia) sedia bekerjasama dengan badan-bawan kawal selia, kerajaan dan juga platform media sosial yang lain bagi mencapai kesepakatan bersama.

Manakala elemen ketujuh iaitu yang terakhir ialah Penambahbaikan Berterusan. TikTok Malaysia akan sentiasa mengikuti perkembangan teknologi, keperluan dan isu sosial serta bersedia untuk mempertingkatkan ciri-ciri sedia ada agar ia menepati keperluan semasa.

Bagi yang belum tahu, Ikrar Keselamatan Digital ini adalah salah satu inisiatif daripada Content Forum, sebuah forum industri yang ditubuhkan di bawah Akta Komunikasi & Multimedia Malaysia 1998 bagi memperjuangkan kawalan kendiri dalam ekosistem kandungan di Malaysia.

Kredit: siaran langsung Awani

Isu keselamatan digital TikTok dibahaskan dalam dialog

Dalam masa sama, isu keselamatan digital ini turut dibahaskan dalam dialog bertajuk Surf’s Up A Digital Legacy & Online Safety Summit yang berlangsung pada 2 Jun baru-baru ini.

Dalam dialog itu, terdapat dua topik yang dibawakan iaitu ‘Great Divide – Free Speech vs Everything Everwhere All at Once’ oleh bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Jerald Joseph dan ‘Netiquette: The Art of Woke’ oleh Profesor Kanan School of Media, Languages & Cultures, University of Nottingham Malaysia, Profesor Gayathry S Venkiteswaran.

Imbas semula pengisian dialog, seperti yang dibahaskan Jerald Joseph, terdapat banyak sisi gelap di internet seperti hate speech, salah faham maklumat, buli siber dan sebagainya yang memberi pelbagai kesan buruk termasuklah kehilangan nyawa.

Malah menurutnya, apa yang lebih merisaukan adalah gejala buli siber yang semakin mengancam akan mendedahkan lagi risiko bunuh diri dalam kalangan mangsa yang trauma, gara-gara tidak lagi mampu mengawal emosi dan kesihatan mental mereka.

Hal ini terbukti dengan rekod Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) yang mencatatkan bahawa Malaysia menduduki tempat kedua negara kes buli siber yang tertinggi di Asia!

Gambar sekadar hiasan | Kredit: UNICEF

Dalam pada itu, Prof. Gayathry pula menyentuh tentang impak maklumat hujung jari yang tersebar luas yang boleh memberi kesan buruk kepada pengguna media sosial.

Hal ini kerana difahamkan, ada sesetengah pengguna media sosial dipercayai masih kurang kesedaran (awareness) mengenai kandungan-kandungan yang dimuat naik atau dikongsikan, bila mana ia sebaiknya perlu disemak terlebih dahulu berpandukan konsep ‘Stop & Check’.

Berbalik kepada penggunaan TikTok, banyak perkara yang ditekankan menerusi dasar keselamatan digital seperti kawalan masa skrin (screening time), tetapan privasi akaun, keselamatan akaun, reporting tools serta tapisan komen-komen awam.

Untuk makluman, dialog tersebut dirasmikan dan dilancarkan oleh ‘individu nombor satu komunikasi negara’, iaitu Menteri Komunikasi & Digital Fahmi Fadzil.

Selain dua panel yang disebut tadi, turut sama hadir ialah Ketua Bahagian Keselamatan Rangkaian SKMM, Harme Mohamed; Ketua Polisi Awam TikTok, Kristoffer Rada; Ketua Polisi Awam TikTok Malaysia, Hafizin Tajudin; Presiden Majlis Peguam Malaysia, Karen Cheah; Pengarah Eksekutif Content Forum, Mediha Mahmood; Pengarah Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas, Wathshlah Naidu; pelakon, Sazzy Falak serta beberapa pempengaruh TikTok dan media sosial seperti Gandhi Palanisamy dan Ceddy Ang.

The post Ada Kaitan Dengan Privasi & Keselamatan Pengguna, Ini 7 Perkara Terbaru Jadi Pada Aplikasi TikTok appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*