Ramai Tak Tahu, Ini Sebab Utama Tak Boleh Letak Air Panas Dalam Peti Sejuk

air panas peti sejuk

Ramai Tak Tahu, Ini Sebab Utama Tak Boleh Letak Air Panas Dalam Peti Sejuk

Peralatan rumah seperti peti ais, televisyen, kerusi, meja makan dan sebagainya merupakan peralatan utama yang akan digunakan dalam jangka masa yang panjang.

Ia juga merupakan barangan yang sering menjadi keutamaan semasa membeli susulan tersenarai dalam keperluan.

Sungguhpun begitu, ramai yang tidak tahu cara untuk menjaga barangan tersebut supaya kekal lama, lebih-lebih lagi peralatan peti sejuk.

Artikel SK kali ini akan berkongsi mengenai sebab serta kerosakan yang terjadi apabila memasukkan barangan panas dalam peti sejuk.

Buat pengetahuan, barangan panas tidak boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk terutamanya di bahagian penyejuk beku.

Air panas atau barang panas boleh ke masuk terus dalam peti sejuk?

Dalam perkongsian video @hairulvcool di TikTok, dia menerangkan sebab tersebut sambil menunjukkan contoh supaya ramai yang lebih memahami tindakan kecil itu boleh membawa padah.

Lelaki itu melakukan demo menggunakan air panas yang baru dimasak dan mencurahkan air itu ke dalam bekas makanan.

“Orang tanya boleh atau tidak boleh? 

“Ha boleh,” jawabnya sambil ketawa.

Ujarnya perkara itu boleh dilakukan tetapi peti ais rumah akan menjadi rosak.

“Barang panas tidak boleh dimasukkan terus ke dalam peti sejuk kerana akan merosakkan dua komponen.

“Komponen pertama iaitu termofius,” katanya.

Kredit: @hairulvcool/TikTok

Walaupun peti sejuk itu mempunyai penghalang yang menutupi termofius itu namun apabila dimasukkan barang panas, ia akan mengakibatkan peralatan itu bekerja lebih daripada biasa.

Lelaki itu turut memotong termofius untuk menunjukkan bahagian yang rosak disebabkan meletakkan air panas dalam peti sejuk.

Sekiranya barang panas dimasukkan ke dalam peti sejuk dengan keadaan kerap, terdapat kemungkinan termofius itu akan putus.

Apabila ia putus maka secara tidak langsung suhu di dalam peti sejuk akan berubah kepada suhu panas.

Kredit: @hairulvcool/TikTok

“Termofius itu putus berkemungkinan menjadikan peti sejuk jadi tidak sejuk.

“Kemungkinan kedua, kekerapan melakukan perkara yang sama dengan meletakkan barang panas menyebabkan pemampat (compressors) rosak,” ujarnya.

Ketika meletakkan barangan panas, peti ais akan menjadi tidak sejuk membuatkan pemampat akan bekerja (running) untuk sejuk barang tersebut.

“Selagi air panas tidak sejuk, selagi itu pemampat akan running untuk sejukkan.

“Jadi pemampat akan hidup luar biasa daripada biasa mengakibatkan ia rosak atau mati.

Tonton video penuh di bawah ini.

@hairulvcool

Air panas jangan letak dalam peti sejuk! #membaikpulihmesinbasuhdanpetisejuk #diyje #hairulvcool #fyp #vfarm #kelasvip

♬ original sound – Hairul Vcool – Hairul Vcool

Sumber: @hairulvcool/TikTok

The post Ramai Tak Tahu, Ini Sebab Utama Tak Boleh Letak Air Panas Dalam Peti Sejuk appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*