Ada Kenjiro Tsuda, Mechamato Movie Versi Jepun Bakal Tayang Di Malaysia

mechamato movie jepun sambutan positif

Ada Kenjiro Tsuda, Mechamato Movie Versi Jepun Bakal Tayang Di Malaysia

Mechamato Movie versi bahasa Jepun sudahpun dilancarkan untuk pasaran negara Matahari Terbit itu beberapa hari lepas.

Susulan ulasan positif yang diterima oleh warga Jepun, rakyat Malaysia juga MONSTA juga akan membawa versi berkenaan ke dalam pasaran tempatan.

Nampaknya, permintaan rakyat Malaysia tertunai apabila Pengarah Urusan MONSTA, Mohd Nizam Abdul Razak mengesahkan Mechamato Movie versi bahasa Jepun akan ditayangkan di Malaysia.

“#MECHAMATOMOVIE kembali ke 60 buah pawagam seluruh negara dengan seiyuu-seiyuu berkaliber!” kata Nizam.

Bagi peminat Mechamata, Mechamato Movie versi bahasa Jepun bakal ditayangkan di pawagam bermula 25 Januari 2024.

Sebelum ini, Mohd Nizam pernah berkongsi senarai nama-nama pelakon suara (seiyuu) yang untuk watak-watak penting dalam filem berkenaan.

Apa yang mengejutkan adalah, beberapa nama seiyuu tersebur merukapa nama-nama terkemuka dalam industri anime di Jepun.

Ayumu Murase, pelakon suara Amato merupakan pelakon yang membawa watak Shoyo Hinata dalam siri anime, Haikyuu!!

Bukan itu sahaja, Mechamato Movie turut membawa Yoshitsugu Matsuoka untuk menjadi pelakon suara watak Mechabot.

Yoshitsugu Matsuoka sebelum ini pernah menjadi pelakon suara watak Kirito (SAO), Inosuke Hashibira (Demon Slayer) dan Soma Yukihara (Shougeki no Soma).

Namun begitu, yang paling mencuri tumpuan tentunya nama seiyuu lagenda, Kenjiro Tsuda yang terkenal dengan watak Kento Nanami (Jujutsu Kaisen).

Beliau dibawa oleh MONSTA untuk menjadi pelakon suara kepada watak Grakakus.

Selain itu, ketiga-tiga seiyuu ini turut menjadi pelakon suara bagi watak dalam permainan video seperti Genshin Impact dan sebagainya.

Dapat ulasan positif warga Jepun, tak rugi tonton katanya

“Saya memang hendak menonton filem ini pada hari pertama tayangannya dan salah satu perkara yang saya nantikan pada Januari ini.

“Filem ini ada impak yang besar dan jalan cerita serta babak aksinya sangat menakjubkan,” ulas salah seorang penonton.

Bukan itu sahaja, ibu bapa juga memberikan maklum balas yang positif apabila menonton filem berkenaan bersama anak-anak.

“Saya menonton filem ini bersama anak-anak saya. filem ini boleh dinikmati oleh semua prang, dari golongan dewasa hinggalah kanak-kanak.

“Persahabatan. Keberanian. Tanggungjawab. Saya fikir ini hanyalah filem animasi kanak-kanak semata-mata, tetapi sebenarnya filem ini memiliki aura yang berbeza.

“Saya pernah menonton anime yang ada unsur lucu dan komedi sebelum ini, tetapi apa yang dibawakan Mechamato berada di tahap yang berbeza,” kata seorang lagi.

Melihat respon yang diterima, memang tidak dapat disangkal lagi kualiti yang ada pada Mechamato Movie. Karya MONSTA ini boleh disimpulkan menepati citarasa global.

Dalam pada itu, Mohd Nizam berharap jenama Mechamato dan produk MONSTA dapat terus mencipta nama di pentas dunia.

“Ada harapan untuk karya MONSTA untuk terus disajikan di Jepun dan serata dunia.

Not in our wildest dream kami dapat tayangkan hasil kerja kami di Jepun. Kita hanya merancang dan cuba buat sehabis baik, Allah yang penentu segalanya.

“Harap langkah kecil ini akan semakin lama, semakin besar insyaAllah,” katanya.

BACA: Fenomena “Penghijaban Bulan & Seven Sisters” Berlaku Malam Esok

Sumber: Nizam Abd Razak

The post Ada Kenjiro Tsuda, Mechamato Movie Versi Jepun Bakal Tayang Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*