Jururawat Didapati Bersalah Bunuh Tujuh Bayi, Cuba Bunuh Enam Bayi Lagi

jururawat bunuh bayi

Jururawat Didapati Bersalah Bunuh Tujuh Bayi, Cuba Bunuh Enam Bayi Lagi

Seorang jururawat di United Kingdom didapati bersalah atas jenayah membunuh tujuh bayi dan cubaan untuk membunuh enam bayi di hospital tempatnya berkerja.

Menurut CNN, kes yang menggemparkan itu menjadi kes pembunuhan melibatkan mangsa bayi yang terburuk dalam sejarah negara tersebut.

Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa melakukan pelbagai tindakan yang mendatangkan baya kepada bayi-bayi yang berada dibawah jagaannya.

Antara perbuatan yang dilakukan termasuk menyuntik udara ke dalam salur darah dan perut, memberi bayi susu secara berlebihan dan mendera bayi-bayi tersebut secara fizikal.

Dia juga didakwa meracuni bayi-bayi berkenaan dengan memberikan mereka suntikan insulin.

Dalam satu kes, wanita tersebut telah membunuh seorang bayi lelaki yang dikenali sebagai Kanak-kanak E dengan mengepam udara ke dalam saluran darahnya.

Pada keesokan harinya, tertuduh didakwa melakukan percubaan untuk membunuh kembar bayi tersebut, Kanak-kanak F dengan meracuninya menggunakan insulin.

Mahkamah dalam pada itu memerintahkan identiti kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah jururawat berkenaan tidak didedahkan kepada umum.

Perintah itu termasuk bagi identiti kanak-kanak yang telah meninggal dunia dan terselamat semasa berada di bawah jagaannya.

Sebelum ini, pihak polis menemui beberapa nota dengan tulisan tangan ketika melakukan siasatan di rumah tertuduh. Penemuan ini termasuklah nota yang bertulis, “Saya jahat, saya melakukan semua perkara ini,”

‘Menukarkan’ bahan-bahan yang tidak berbahaya kepada bahan yang boleh membunuh

Menurut rekod, dia secara senya-senyap telah menyerang 13 bayi di dalam wad neonatal di Hospital Countess of Chester antara 2015 hingga 2016.

Perkara ini telah disahkan menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan Perkhidmatan Pendakwaraya Diraja Britain (CPS).

Niatnya adalah untuk membunuh bayi-bayi tersebut dan memperdaya rakan sekerja bahawa kematian bayi-bayi berkenaan berlaku secara semula jadi.

Pendakwa raya menyifatkan tindakan tertuduh sebagai satu pengkhianatan sepenuhnya terhadap amanah yang diberikan kepadanya.

“Di tangannya, bahan-bahan yang tidak berbahaya seperti udara, susu dan cecair, ataupun ubatan seperti insulin menjadi satu bahan yang boleh membunuh.

“Dia menyelewengkan apa yang dipelajarinya dan menggunakannya untuk mendatangkan bahaya, kesedihan dan kematian.”

Ahli keluarga bayi-bayi itu dalam satu kenyataan bersama berkata, mereka mungkin tidak akan mendapatkan jawapan mengapa jenayah itu boleh berlaku.

“Kehilangan bayi adalah pengalaman yang menyayat hati yang sepatutnya tidak perlu dilalui oleh ibu bapa.

“Akan tetapi, apabila pemergian bayi ini disebabkan dirinya dicederakan dalam keadaan tertentu, perasaan ini tidak dapat dibayangkan.”

BACA: Kelajuan Maksimum Cecah 840 kmj, Ini Fakta-fakta Mengenai Pesawat Beechcraft Premier 1

Sumber: CNN

The post Jururawat Didapati Bersalah Bunuh Tujuh Bayi, Cuba Bunuh Enam Bayi Lagi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*