Adun Nenggiri Sahkan Masih Sokong Kerajaan Negeri

adun nenggiri kerajaan negeri

Adun Nenggiri Sahkan Masih Sokong Kerajaan Negeri

KOTA BHARU, 22 Nov (Bernama) — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim mengesahkan beliau masih menyokong kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin PAS.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dari Perikatan Nasional (PN) berkata sokongan beliau kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya di peringkat Persekutuan.

“(Saya) masih menyokong kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini.

Mohd Aziz berkata kedudukan beliau juga masih kekal dalam blok kerajaan pada persidangan itu.

“Setakat ini tiada apa-apa perubahan dari segi susunan tempat duduk. DUN pun tidak buat apa-apa keputusan lagi,” katanya.

Pada 7 Nov lepas, Mohd Azizi menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah meneliti dan mendengar Belanjawan 2024 yang dibentangkan dengan matlamat utama untuk memangkinkan pemulihan ekonomi di samping meringankan beban kewangan rakyat Malaysia.

BACA: Pesawat Terbang Laju, Tetapi Kenapa Penumpang Tak Rasa ‘Bergerak’? Ini Jawapan Ramai Tak Tahu

Sumber: Bernama

The post Adun Nenggiri Sahkan Masih Sokong Kerajaan Negeri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*