Francais One Piece Kini Lebih Besar & Popular Berbanding Francais Harry Potter & Star Trek

Francais One Piece Kini Lebih Luas Berbanding Harry Potter & Star Trek

Francais One Piece Kini Lebih Besar & Popular Berbanding Francais Harry Potter & Star Trek

Dalam dunia hiburan, kita dapat melihat beberapa francais yang mendominasi industri tersebut pada hari ini.  Antaranya seperti Star Wars, Harry Potter, Marvel Cinematics Universe (MCU), DC Universe (DCU), James Bond dan lain-lain lagi.

Biasanya, francais hiburan ini berasal dari Barat, khususnya Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Namun begitu, beberapa pemerhati dunia hiburan meramalkan akan berlaku kebangkitan francais hiburan dari Jepun khususnya manga dan anime seperti One Piece.

Sejak menemui penonton pada hujung 90-an, One Piece mencipta pelbagai kejayaan manis diperingkat global. Deretan peminatnya bertambah dari semasa ke semasa dan mencecah ratusan juta orang.

Maka tak hairanlah, pada hari ini karya ciptaan Eiichiro Oda itu sudah pun berjaya mengatasi populariti beberapa francais ikonik dunia hiburan yang lain.

Menurut Deadline, One Piece yang berkisarkan pengembaraan lanun topi jerami ini diundi sebagai francais hiburan ketiga paling popular di dunia.

Mengatasi francais-francais hiburan ikonik yang terdahulu

Keputusan tersebut diperoleh melalui satu kaji selidik melibatkan peminat-peminat dunia hiburan dan permainan video di Amerika Syarikat dan United Kingdom baru-baru ini.

Pencapaian ini dianggap satu perkara yang mengagumkan apabila francais ini telah mengatasi beberapa francais popular yang lain seperti Harry Potter. Malah, One Piece juga diundi lebih popular berbanding Star Trek.

Setakat ini, hanya ada dua francais hiburan sahaja yang berada di hadapan One Piece iaitu MCU di tempat kedua dan Star Wars mengungguli tempat pertama.

Terdahulu menurut One Sport, One Piece berjaya memecahkan rekod dunia yang dipegangnya sendiri selama ini. Rekod tersebut dipecahkan apabila berjaya menjual lebih 500 juta salinan manga One Piece di seluruh dunia.

One Piece mencatatkan rekod dunia apabila berjaya menjual sebanyak 320 juta salinan manga pada 2014.

Seterusnya, karya Oda itu berjaya terjual sebanyak sebanyak 416,566,000 salinan setakat Julai 2022. Jumlah berkenaan adalah salinan bercetak dan salinan digital yang terjual di Jepun sahaja.

Bagaimanapun, karya Oda itu turut laku keras di luar negara apabila lebih 100 juta salinan turut terjual di seantero dunia. Secara keseluruhan, lebih 500,000,000 salinan manga One Piece terjual sejak dilancarkan sekaligus mencatatkan rekod dunia buat kali kedua.

BACA: Pesawat Terbang Laju, Tetapi Kenapa Penumpang Tak Rasa ‘Bergerak’? Ini Jawapan Ramai Tak Tahu

Sumber: Small Screen 

The post Francais One Piece Kini Lebih Besar & Popular Berbanding Francais Harry Potter & Star Trek appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*