Aeril Zafril Jual ‘Lambo’ Kuning, Sebahagian Hasil Disumbangkan Kepada Palestin

aeril zafrel kereta palestin

Aeril Zafril Jual ‘Lambo’ Kuning, Sebahagian Hasil Disumbangkan Kepada Palestin

Pelakon popular, Aeril Zafrel baru-baru ini mengucapkan selama tinggal kepada kereta kesayangan selepas Lamborghini berwarna kuning itu dijual.

Menurut suami kepada pelakon wanita, Wawa Zainal itu lagi, sebahagian daripada hasil jualan kenderaan tersebut akan disumbangkan kepada Palestin.

Perkara berkenaan dikongsikan oleh usahawan tersebut melalui satu hantaran Instagram Story menerusi akaun rasminya (@aeril_zafrel) semalam.

Dalam hantaran tersebut, Aeril menunjukkan kereta Lamborghini Aventador berwarna kuning telah dibawa keluar daripada kawasan parkir.

Difahamkan, kereta mewah itu merupakan kereta pemberian isterinya yang juga merupakan seorang usahawan berjaya.

“Selamat tinggal ‘Lambo’. Jarang sangat pakai kereta ni. Jual je lah. Insya-Allah, sebahagian hasil ni kita derma dekat Palestin,” jelas Aeril dalam hantaran tersebut.

Aeril nama sebenarnya, Suhairil Sanuri juga dilihat merasa sedih apabila melihat keretanya meninggalkan perkarang rumahnya dan mula menyusur di atas jalan raya.

“Bye bye kuning (nama panggilan kereta tersebut),” tulis Aeril dalam hantaran Instagram Story seterusnya dengan emoji sedih.

Dua jam selepas melepaskan kereta mewah kesayangannya, pelakon drama bersiri Jibril itu telah memuat naik imej berupa resit transaksi banknya.

Dalam tangkap layar itu, beliau telah membuat transaksi berupa sumbangan sejumlah wang kepada badan bukan kerajaan Cinta Gaza Malaysia. Sungguhpun begitu, jumlah sumbangan tersebut telah dikaburi dengan emoji Palestin.

Beliau juga berkesempatan menyeru orang ramai untuk menyalurkan sumbangan kepada penduduk-penduduk di Palestin.

Kereta tersebut melambangkan usaha keras dan pengorbanan Aeril ketika mendirkan rumah tangga bersama Wawa

Sebelum ini. Aeril Zafrel telah menerima hadiah berupa sebuah kereta Lamborghini Aventador daripada isterinya pada 1 Mei tahun lepas.

Aeril tidak menjangkakan isterinya akan menghadiahkan kereta tersebut kerana sedang mempertimbangkan untuk membeli kenderaan tersebut sendiri.

“Hadiah ini tak seberapa kalau dibandingkan dengan segala pengorbanan yang kau buat untuk family kita selama ini,” kata isterinya menerusi kapsyen hantaran di Instagram.

Menurut Wawa ketika itu, sudah tiba masanya untuk beliau menghadiahkan suaminya dengan kereta idaman itu selepas menjalankan perniagaan selama enam tahun.

“Dialah tulang belakang di setiap kejayaan Wawa. Terima kasih sayang untuk segalanya,” kata Wawa lagi.

BACA: Dah Lama Perhati, Kenapa Duit Syiling Ada ‘Gigi’ Kat Tepi? Bukan Saja-saja, Ini Sebabnya

Sumber: aeril_zafrel via Instagram

The post Aeril Zafril Jual ‘Lambo’ Kuning, Sebahagian Hasil Disumbangkan Kepada Palestin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*