Peguam Kongsi Kod Etika Pemakaian Ke Mahkamah, ‘Wajib Ikut, Kalau Tak Kena Halau!’

kod etika pemakaian mahkamah

Peguam Kongsi Kod Etika Pemakaian Ke Mahkamah, ‘Wajib Ikut, Kalau Tak Kena Halau!’

Buat korang yang tak pernah pergi mahkamah, mesti terfikir pakaian apa yang perlu pakai ketika hadir di tempat formal itu?

Kalau nak tahu, sebenarnya tidak semua pakaian dibolehkan untuk pakai ke mahkamah.

Menurut peguam Nas Rahman di laman TikTok, mahkamah sendiri mempunyai kod etika pemakaian yang wajib untuk diikut.

“Sama seperti pejabat kerajaan yang mempunyai kod pakaian sendiri, jadi kena tahulah supaya tidak kena halau dengan hakim,” katanya.

Menerusi video berdurasi dua minit 18 saat itu, Nas berkata pakaian yang dibenarkan untuk pakai adalah kemeja, seluar slack dan kasut bertutup seperti kasut hitam atau sneakers.

“Yang penting berkasut, yang mampu menutup kaki kita. Selain dari kemeja, baju berkolar juga boleh pakai.

“Kalau untuk perempuan yang penting baju itu berlengan terpulanglah baju kurung pun tiada masalah,” ujarnya.

Katanya, sekiranya wanita mahu memakai skirt mereka harulah memakai skirt yang labuh atau panjang menutupi lutut.

Menurut Nas, lelaki juga perlu mengenakan seluar panjang yang menutupi keseluruhan kaki mereka dan elakkan untuk memakai jeans kerana sesetengah hakim tidak menggalakkan pemakaian tersebut.

Ujarnya, jika mahu memakai juga jeans individu tersebut perlulah memakai warna gelap seperti hitam.

BACA: Mahkamah Putuskan Suami Dakwa ‘Dimadukan’ Isteri, Masih Kekal Suami Isteri

Pakaian yang tak boleh pakai ketika hadir di mahkamah

Bagaimanapun, terdapat beberapa pakaian yang tidak dibenarkan untuk dipakai langsung ketika hadir ke mahkamah.

Pakaian pertama yang tidak dibenarkan ketika masuk dalam mahkamah adalah berseluar pendek atau pakaian yang tidak berlengan.

Kemudian, Nas berkata skirt pendek untuk wanita dan seluar jeans yang koyak di bahagian tertentu juga tidak dibenarkan.

Manakala, bagi bahagian kasut pula Nas berkata selipar memang tidak dibenarkan kerana ia tidak menunjukkan gaya formal.

“Saya pernah tengok sendiri, masuk pakai selipar kena halau.

“Kau kena balik tukar kasut dan itu adalah pakaian-pakaian yang tidak dibolehkan untuk pakai ketika hadir ke mahkamah,” jelasnya.

Menurutnya, kod etika pakaian tersebut juga perlu diikuti oleh semua orang, sama ada hadir untuk memberi keterangan sebagai saksi atau pendakwa atau kes itu dijatuhkan ke atas diri sendiri dan sebagainya.

@nas.rahman

Nak masuk mahkamah tidak kira sebagai saksi, atau pendakwa dan sebagainya wajib mengikut etika pemakaian yang dibenarkan. Kalau tidak, anda akan dihalau! #peguamtiktok #peguammalaysia #peguamnasrahman #kodpemakaianmahkamah #etikapemakaian

♬ original sound – Peguam Nas Rahman – Peguam Nas Rahman

Sumber: @nas.rahman/TikTok

The post Peguam Kongsi Kod Etika Pemakaian Ke Mahkamah, ‘Wajib Ikut, Kalau Tak Kena Halau!’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*