Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut tahun baharu

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat tahun baharu menjelang ketibaan 2023, esok kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ucapan tersebut dizahirkan menerusi satu poster yang dimuat di dalam akaun Facebook rasmi Istana Negara, hari ini.

“Semoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bencana dan musibah.

“Semoga juga dikurniakan keafiatan, perpaduan dan keharmonian yang berkekalan,” titah Seri Paduka. – UTUSAN

The post Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut tahun baharu appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*