Budak Lima Tahun Parah, Jari Hampir Putus Tersepit Mesin Santan

Tersepit Mesin Santan

Budak Lima Tahun Parah, Jari Hampir Putus Tersepit Mesin Santan

Seorang budak lelaki berusia lima tahun parah selepas tangan kanannya tersepit pada sebuah mesin memproses santan kelapa dalam kejadian di Taman Seri Bahagia pada hari ini.

Berdasarkan laporan Sinar Harian, kejadian dikatakan berlaku ketika bapa mangsa sibuk melakukan kerja-kerja memproses santan kelapa di rumah mereka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd Ismail Mohd Yunus berkata, laporan mengenai kejadian telah dibuat pada jam 9.32 pagi. Sepasukan anggota kemudiannya dikerahkan ke lokasi kejadian terbabit.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“Operasi segera dijalankan dengan memotong bahagian sisi mesin memproses santan tersebut sehingga tangan kanan kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan.

“Pasukan mengambil masa kira-kira 35 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa,” katanya.

Menurut Mohd Ismail lagi, mangsa mengalami kecederaan parah dengan tiga daripada jarinya hampir putus. Manakala ibu jari dan dari telunjuknya pula parah.

“Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) memberi rawatan awal. Mangsa dalam keadaan stabil.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut dan operasi tamat pada jam 10.26 pagi,” tambah Mohd Ismail lagi.

Sumber: Sinar Harian

The post Budak Lima Tahun Parah, Jari Hampir Putus Tersepit Mesin Santan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*