Agong Rasmi Menara Merdeka 118

Agong Rasmi Menara Merdeka

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan merasmikan Menara Merdeka 118 di sini.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.

Menara Merdeka 118 itu dimiliki PNB melalui anak syarikat milik penuhnya, PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd.

BACA: Bakal Jadi Bangunan Kedua Tertinggi Di Dunia, Ini Fakta Menara Merdeka 118 Perlu Rakyat Malaysia Tahu

Menara canggih yang memiliki 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter itu adalah yang kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai (828 meter).

Direka bentuk oleh Fender Katsalidis dari Melbourne, Australia struktur itu termasuk puncak menara 40 tingkat (160.4 meter).

Sebelum ini, Shanghai Tower dinamakan sebagai menara kedua tertinggi di dunia (632 meter).

Sumber: Bernama

The post Agong Rasmi Menara Merdeka 118 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*