2023 Tahun Paling Panas Dalam Rekod – Pemantau Iklim

2023 tahun paling panas

2023 Tahun Paling Panas Dalam Rekod – Pemantau Iklim

Tahun 2023 adalah tahun paling panas yang pernah direkodkan, dengan peningkatan suhu permukaan Bumi yang hampir melepasi ambang kritikal 1.5 darjah Celsius, lapor AFP.

Perkara itu didedahkan oleh pemantau iklim Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa.

Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) pula berkata perubahan iklim juga meningkatkan gelombang haba, kemarau dan kebakaran hutan di seluruh dunia.

Lebih membimbangkan, termometer global mencatatkan peningkatan 1.48 Celcius yang melebihi penanda aras praindustri.

“Ia juga tahun pertama dengan semua hari merekodkan satu darjah lebih panas daripada tempoh praindustri.

“Suhu pada tahun 2023 berkemungkinan melebihi suhu mana-mana tempoh dalam sekurang-kurangnya 100,000 tahun yang lalu,” kata Timbalan Ketua Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S), Samantha Burgess.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menerusi jurucakapnya berkata 2023 adalah ‘pratonton’ masa depan terhadap malapetaka yang bakal menanti penduduk bumi jika tidak bertindak segera.

Gambar: Bernama

BACA: Suhu Purata Cecah 17.01 Celcius, 3 Julai Direkod Hari Paling Panas Dunia

Untuk pengetahuan, tahun 2023 juga menyaksikan kebakaran besar di Kanada dan kemarau melampau di Tanduk Afrika atau Timur Tengah. Selain itu, ia juga memperlihatkan gelombang musim panas yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Eropah, Amerika Syarikat dan China.

Profesor dari Universiti Reading, Ed Hawkins berkata bahawa peristiwa sedemikian akan menjadi lebih teruk jika kita tidak beralih daripada bahan api fosil dan mencapai tahap sifar bagi pelepasan bahan tersebut.

“Kita akan terus menanggung akibatnya nanti jika tidak bertindak hari ini,” katanya.

Seorang lagi profesor dari Universiti Leeds, John Marsham juga memberi pendapat bahawa pengurangan penggunaan bahan api fosil dengan segera dapat mengekalkan iklim yang baik untuk didiami penduduk dunia.

Namun, 2023 juga menyaksikan permulaan fenomena cuaca El Nino yang berlaku secara semula jadi, yang memanaskan perairan di selatan Pasifik dan mencetuskan cuaca lebih panas.

Malah ia dikaitkan dengan rekod panas lapan bulan berturut-turut dari Jun hingga Disember.

Memetik AFP, fenomena itu dijangka mencapai kemuncaknya pada 2024.

BACA: Suhu Di Greenland Kini Dilapor Terpanas Dalam Tempoh 1,000 Tahun, Giatkan Pencairan Ais

Sumber: AFP

The post 2023 Tahun Paling Panas Dalam Rekod – Pemantau Iklim appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*